Thursday, July 29, 2010

SIHIR PIALA DUNIA


Semasa menulis artikel ini, piala dunia telah lama berlalu, namun rasanya tidaklah salah jika saya saya terus menulis demi berkongsi sedikit pendapat mengenainya.


Mungkin ramai yang berpendapat tiada apa yang salah dalam piala dunia. Ianya hanyalah sejenis sukan yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan pemain disamping menjadi hobi yang menguntungkan. Mungkin benar. Tetapi sejauh manakah alasan ini masih lagi "valid" dalam zaman penipuan dajjal sekarang?

Tidak keterlaluan jika dikatakan hampir kesemua penduduk bumi tahu akan kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali ini. Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini.

Pada tahun 2010, giliran Afrika menjadi hos kepada acara gilang gemilang ini. Sungguh aneh bagaimana negara semiskin Afrika Selatan boleh terpilih untuk menjadi hos kepada temasya berprestij ini. Dari segi infrastruktur, sebenarnya Afrika Selatan masih belum siap. Negara itu termasuk negara penghutang yang besar, tapi kenapakah negara paling selatan itu berhasil menjadi penyelenggara kejohanan besar empat tahun sekali ini? Untuk menjayakan Piala Dunia yang pertama di benua Afrika ini, Afrika Selatan mesti menyediakan 10 buah stadium sedangkan yang sedia ada hanya lima buah, itupun tidak memenuhi syarat dengan pelbagai kekurangannya. Mahu tidak mahu, lima buah stadium baru terpaksa dibina dan yang sedia ada diperbaiki. Kos keseluruhannya mencecah berbillion dolar. Soccer City Stadium sahaja melebihi RM1.4 billion. Justeru, bagaimana hal ini boleh dijayakan jika tidak adanya campurtangan dari para Kapitalis?


Bagaimana negara semiskin Afrika boleh mengeluarkan perbelanjaan berbilion euro untuk temasya piala dunia sedangkan satu dunia tahu rakyatnya kekurangan makanan, tiada air bersih untuk diminum, bahkan tinggal dirumah yang sangat daif?

Dari sisi politik, kejohanan bola sepak Piala Dunia ini merupakan usaha sistematik puak kuffar untuk meningkatkan lagi fanatisme assabiyyah (kebangsaan) dan wathaniyyah (patriotisme). Penduduk sesebuah negara pastinya akan menyokong negara mereka dengan perasaan yang membuak-buak mengharapkan kemenangan negaranya dan mereka akan merasa sedih, malah ramai yang tidak akan segan silu menangis dan meratap jika negaranya kalah. Sesungguhnya tidak ada keuntungan yang diperolehi oleh umat Islam dari bola sepak, baik Piala Dunia atau piala lainnya, kecuali ‘kepuasan sementara’.


Di kalangan umat Islam, sihir bola sepak telah berjaya memukau para pengusaha Arab yang berlumba-lumba membeli kelab bola sepak. Mereka rela menghamburkan wang mereka berbilion-bilion hanya untuk membeli sebuah kelab bola sepak. Syeikh Mansour membeli Manchester City dengan harga RM1 billion. Suliman al-Fahim membeli Portsmouth sebanyak RM353 juta. Dan dilaporkan bahawa Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah dari Saudi berniat membeli Liverpool dengan nilai RM1.84 billion. Sungguh ironi keadaan ini, di saat umat Islam menderita di seluruh dunia, para Kapitalis ini sibuk menghamburkan harta kepada suatu yang sia-sia.


Tidak hanya itu, Piala Dunia ini telah berjaya mengubah ’pola hidup’ manusia di mana secara sedar atau tidak, mereka akan menyesuai atau‘melaraskan’ jadual hidup mereka dengan kejohanan tersebut. Paling tidak, dalam sebulan itu, ramai penduduk dunia akan mengubah pola menonton televisyen, termasuk mengubah pola tidur, pola perbelanjaan dan pola perbincangan. Malah ramai yang tidak berpuas hati jika hanya menonton di rumah. Mereka sanggup ke kedai atau ke mana-mana tempat yang ada skrin besar dan menontonnya beramai-ramai untuk ‘merasakan’ suasana dan aura perlawanan umpama berada di stadium padahal mereka langsung tiada kaitan dengan pihak yang mereka mati-matian sokong, dan yang ada hanyalah sikap fanatik dan membuta tuli terpengaruh kepada aliran dunia kapitalis.

Di sebalik Piala Dunia yang telah berlalu, dengan melihat apa yang berlaku, kita sesungguhnya tidak dapat menolak bahawa terdapat kelicikan Barat di balik semua ini. Selain usaha menguasai dunia, mereka menginginkan agar masyarakat dunia, khususnya umat Islam terus lena dengan pelbagai pesta, pesta bola, pesta arak, pesta zina, pesta judi dan bermacam-macam lagi pesta kemaksiatan yang muncul seiring dengan kejohanan bola sepak. Setidak-tidaknya, ini adalah salah satu protokol yang tertulis di dalam Protokol Zionis walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya.


Tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan,

“Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk menuaskan hawa nafsunya...”.

Mari kita lihat sedikit bukti campurtangan pihak illuminati didalam piala dunia.

Anda kenal HORUS? Tuhan bermata satu yahudi kuno? Bagi yang tidak tahu mengenai horus, di bawah maklumat ringkas tuhan kepercayaan yahudi purba ini.

HORUS adalah tuhan bermata satu, berkepala burung, berbadan manusia(dalam beberapa lukisan) . Juga dipercayai sebagai tuhan matahari "sun god" oleh "penganutnya". Sesetengah berpendapat bahawa Horus adalah jelmaan syaitan atau lebih tepat dajjal sebagai tuhan bagi menyesatkan manusia ketika itu. Seperti mana dajjal dijanjikan akan keluar diakhir zaman, mungkin begitulah peliknya keadaan yang berlaku kelak sama seperti yang berlaku dizaman dahulu. Mungkin kedengaran pelik, namun jangan dipandang remeh kerana Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa penipuan paling dahsyat sepanjang zaman adalah daripada al masih dajjal.

Mari kita lihat sedikit gambar HORUS yang diketahui. Selain drpd gambar dibawah(gambar terawal horus yang dilakarkan di dinding piramid) horus turut digunakan dalam logo USA, logo CIA, dan banyak lagi dalam negara USA sendiri seperti department of energy, national transportation safety board, & banyak lagi. Perhatikan gambar HORUS dengan teliti untuk "dicompare" dengan gambar yang akan saya letakkan kemudian dibawahnya.


Sekarang bandingkannya dengan logo FIFA 2010 dibawah. Logo ini kemudiannya diputar 90 darjah lawan arah jam menghasilkan gambar yang disebelahnya.
Perhatikan kesamaan diantara tuhan Horus dengan logo itu. Tidakkah keduanya kelihatan serupa? Bahkan jika bulatan didalam logo itu dilengkapkan, ianya menyerupai matahari yang berada diatas kepala HORUS.

Perhatikan logo-logo FIFA tahun sebelumnya juga. Jelas setelah di"rotate" ke kiri ianya kelihatan seperti kepala seekor burung dengan bulatan yang tidak dilengkapkan diatasnya.


Sudah jelas lagikan bersuluh.

Sunday, July 18, 2010

PENIPUAN WANG KERTAS


Sebelum memulakan topik ini saya suka untuk bertanya para pembaca apakah ciri-ciri bagi suatu alat yang digunakan sebagai mata wang di sesebuah negara? Sudah tentu ianya haruslah dipersetujui oleh manusia bahawa ianya JELAS BERNILAI untuk dijadikan urusan jual beli.

Persoalannya adakah wang kertas yang diamalkan kita hari ini memiliki ciri-ciri diatas? Sudah tentu jawapannya adalah TIDAK. Ini adalah satu lagi penipuan dari pihak penjajah yang diterima bulat-bulat oleh kita yang bertujuan merosakkan institusi sosial umat manusia. Sekeping kertas yang dicetak dengan angka-angka tertentu tidaklah bernilai apa-apa sebenarnya jika kita mula berfikir diluar kotak dan bukan lagi secara hanya "follow the flow".


Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini. Bahkan ditanah air kita suatu masa dahulu, sebelum dijajah, transaksi jual beli adalah dengan menggunakan syiling emas. Pernahkah kita terfikir kemanakah hilangnya kesemua syiling-syiling emas milik negara kita?

Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Tidak seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Emas tidak boleh dicetak dengan sewenang-wenangnya seperti wang kertas. Maka pengaliran emas jika digunakan sebagai wang akan menyebabkan emas ini sentiasa mengalir dalam suatu komuniti. Tidak seperti wang kertas yang mana jelas hanya memihak kepada satu pihak sahaja, iaitu pihak yang boleh mencetak wang kertas ini. Tidakkah ini suatu kebodohan?

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas dan memperbodohkan diri kita.

Wang kertas jika dikaji asal-usulnya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas. Ianya bertujuan sebagai cek untuk menukarkan kertas yang diterima oleh rakyat yang bekerja untuk ditukarkan kepada emas.


Lihat perkataan
promises to pay the bearer on demand. Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud 'janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan'.

Penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi semakin lama(bahkan ke hari ini) rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.

Jika difikir, penjajah semakin untung, kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberikan kertas-kertas bernombor. Emas iaitu harta negara pula dijadikan suatu barang yang kurang bernilai berbanding wang kertas yang diberikan kepada kita, kerana dengan itu, pada suatu tempoh kelak, setelah rakyat lupa akan asal usul wang kertas ini, penjajah akan dengan banyaknya "membeli" emas-emas di seluruh dunia dengan wang kertas yang kononnya tersangatlah bernilai seperti yang kita fahami dan amalkan hari ini.

Maka hilanglah semua emas-emas didunia sedikit-demi sedikit akibat disapu habis oleh para penjajah.

Kedai menjual emas adalah satu kehidupaan yang direka oleh mereka supaya dengan mudah penjajah akan dapat membolot hampir semua emas di dunia ini. Membeli emas dengan nombor-nombor yang dicetak pada kertas. Sungguh tidak masuk akal. Pada mulanya penjajah mencetak wang kertas yang dimana gambar Permaisuri Elizabeth digunakan padanya selain dicetak nombor-nombor tertentu padanya. Tujuannya adalah untuk
kelihatan menarik agar dapat menarik perhatian rakyat terhadap penggunaannya.


Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.

Namun masih ramai lagi yang memperjuangkan hak penggunaan emas yang sepatutnya diberikan pada masa itu.

Maka kemudian penjajah bergerak selangkah lagi kehadapan bagi menarik perhatian rakyat terhadap penggunaan wang kertas.
Diantara penipuan mereka secara psikologi untuk membuatkan manusia bersetuju dengan penggunaan wang kertas ini adalah dengan meletakkan gambar-gambar yang memberikan imej negara kawasan jajahan itu sendiri pada wang kertas yang dicetak, seperti contoh gambar pemimpin negara itu sendiri, supaya dengan perlahan-lahan rakyat akan mula menerimapakai wang kertas ini dan akhirnya menghalalkan penggunaan wang kertas secara total seperti mana yang difahami dan diamalkan kita pada hari ini.


Sungguh terancang plan jahat mereka tanpa kita sedari. Bahkan kita paa hari ini hampir semuanya seperti bersetuju dengan sistem kuffar mereka ini. Seolah-olah merekalah penyelesaian kepada setiap masalah yang dialami oleh kita dalam zaman yang kononya bertamadun ini.

Ini semua akhirnya akan menjadikan kita semua, satu negara kita ini meleset dari segi ekonominya, akhlaknya dan lain-lain akibat tempias penggunaan kertas itu tadi. Fikirkan bagaiman dengan mudahnya harta negara dibolot semua sekali dengan kertas-kertas yang dicetak oleh mereka dengan nombor-nombor tertentu, dan semua usaha titik peluh rakyat akhirnya dibayar dengan kertas-kertas bodoh yang diukir dengan nombor-nombor tertentu dan angka-angka yang menarik perhatian. Semua ini adalah satu kebodohan yang diterapkan kedalam minda kita sebagai ketamadunan.

Yang lebih pelik lagi ialah, nilai sehelai kertas yang dinamakan RM ini adalah berubah-ubah mengikut tempat. Ya, ianya berubah-ubah. Jika di Malaysia, nilai 1 nya adalah bersamaan 1. Tetapi jika kita seberang ke pulau Singapura, nilai 1 menjadi 0.37. Jika keBahrain pula nilai 1 menjadi 0.01. Jika di U.k, nilai 1 bersamaa dengan 0.15. Tidakkah ini suatu pembohongan yang jelas? Jika penggunaan emas, 1 adalah 1 walau diman jua kita berada. Ianya mempunyai harga yang tetap bahkan semakin meningkat dari setahun ke setahun.



Maka lahirlah generasi tertindas seperti kita hari ini. Dan tunggulah kita semua akan kedatangan satu lagi era baru penjajahan zionis. Seperti mana British dijatuhkan dahulu sebagai kuasa dunia dan berpindah kepada Amerika laknatullah, begitu jugalah kuasa Amerika akan jatuh dan berpindah ke Israel dengan penipuan yang lebih dahsyat dengan bertopengkan ketamadunan.

Mengikut kajian, dalam beberapa tahun lagi mereka akan menjatuhkan sistem wang kertas dollar Amerika ini pada mulanya(inilah sebabnya mereka akan membuatkan dunia percaya bahawa kuasa pusat dunia telah terlepas dari tangan mereka), dengan tujuan untuk mereka memperkenalkan sistem wang yang baru, yang lebih menindas dan memihak kepada mereka, iaitu WANG ELETRONIK. Pada masa ini wang tidak lagi boleh disentuh, yang ada hanyalah nombor-nombor yang bermain-main didalam minda seluruh manusia.


Satu lagi penipuan yang akan ditanggung oleh generasi beberapa tahun akan datang sebelum datangnya imam mahdi untuk menghapuskan kekejian yang melarat didunia ini dan kemudiannya pembunuhan dajjal oleh nabi Isa setelah penurunannya kali kedua. Dunia kemudiannya akan kembali kepada sediakala dan sistem khalifah akan ditegakkan semula. Namun harga yang besar perlulah ditanggung oleh kita akibat kerosakan bumi ini sebagai akibat perbuatan kita sendiri yang selama ini berkiblatkan golongan penyembah syaitan ini. Harganya ialah perang dunia menentang tentera dajjal serta dajjal itu sekali sepertimana hadis-hadis dari nabi akan perihal akhir zaman.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Oleh itu, saya menyeru kepada semua para pembaca, agar kita kembali kepada dinar (emas) dan dirham (perak) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba'. Hanya tinggal satu fasa penipuan lagi kita akan dapat bertemu dengan nabi Isa dan Imam Mahdi(dengan izin Allah) dan akan hidup dalam aman damai dan harmoni.

Maka ingatlah pesan nabi junjungan kita terhadap penipuan wang kertas yang diamalkan kita hari ini. Kita semakin hampir kepada masanya dunia akan mencapai klimaks kesesatannya dan kemudian kembali semula kepada fitrahnya yang asal. Maka nabi telah berpesan kepada kita berkenaan penggunaan emas diakhir zaman kelak.

"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai boleh digunakan untuk umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham(untuk digunakan). Hadis dari musnad imam Ibn Hambal."

Teruskanlah berdoa agar kita tetap berada dijalan yang benar, bahkan apabila keluarnya dajjal kelak, kita akan berjuang bersama tentera imam mahdi dan bukannya bersama-sama al-masih dajjal laknatullah.