Monday, October 11, 2010

RACUN DEMOKRASI



Perkara paling bahaya mengenai sistem demokrasi ialah majoriti menyangka sistem ini memberikan ruang kebebasan untuk memilih kepada setiap individu, namun hakikatnya tiada pilihan yang wujud dalam sistem ini. Bahkan kebebasan yang "wujud" sebenarnya hanyalah muka hadapan kepada penipuan secara rasmi terhadap masyarakat umum tanpa disedari. 


Oleh kerana sistem demokrasi bertindak dengan berpihak kepada suara majoriti, maka rata-rata individu pada hari ini berpendapat demokrasi adalah kebebasan yang sebenar, kebasan dalam berfikir, kebebasan dalam berpendapat. Namun ideologi ini sebenarnya tidak memiliki asas yang kukuh terhadap mewujudkan masyarakat negara yang bersatu-padu. Sistem demokrasi hanya mementingkan ideologi pihak sendiri tanpa mengendahkan pihak lain yang berlainan pendapat, atau lebih tepat bersifat assabiah(berpuak-puak). Bahkan kadang-kadang pilihan-pilihan yang "kononnya" diberikan dalam sistem demokrasi menjadikan pengikutnya fanatik dan buta dengan parti masing-masing dan akhirnya membawa kepada perpecahan dan kekacauan sebuah masyarakat. Sistem demokrasi juga bertindak secara kurang adil kerana peranan dan tanggungjawab ahli demokrat hanyalah atas dasar kepentingan parti kumpulannya sahaja. Inilah hakikatnya racun demokrasi.



Apakah sebenarnya yang berlaku? Jika demokrasi benar-benar berupaya membentuk sebuah negara yang hebat, apa dan dimana pula silap negara kita? Jawapannya tidak. Sistem demokrasi tidaklah mempunyai kekuatan untuk menjadi asas kepada sebuah negara yang berjaya. Bahkan sistem demokrasi hanya akan memecahbelahkan masyarakat yang telah sedia ada.

Sistem demokrasi adalah alat pemecah-belah paling berbahaya dalam suatu masyarakat. Inilah hakikatnya. 

Kita sering tertanya-tanya mengapa usaha perpaduan dikalangan kita seringkali kelihatan kurang berjaya. Namun sebenarnya persoalan yang sepatutnya menjadi perbincangan ialah bagaimana kita hendak bersatu-padu sedangkan rakyat kita telah dipecah-pecahkan kepada beberapa fahaman? Anda nampak jarum halus sistem demokrasi sekarang?



Demokrasi adalah alat pemecah-belah sahaja. Tidak lebih dari itu. Masih ingat dengan sistem "pecah dan perintah" dalam buku teks sejarah? Lupakan sahaja kefahaman kita terhadap penipuan yang mengaitkannya dengan warna kulit. Ianya adalah lebih dari itu. Bahkan sangat halus dan berada sangat hampir disekeliling kita. Konsep "pecah dan perintah" inilah yang diambil dan diserapkan kedalam hampir seluruh proses kehidupan manusia  dan turut serta dalam sistem demokrasi yang penuh kepalsuan ini.

Kurang jelas? Cuba perhatikan bagaimana rakyat di Malaysia terutama melayu khasnya, hari ini boleh berpecah-belah padahal  bangsa melayu terkenal dengan budaya semangat kemasyarakatan yang tinggi? Jawapannya mudah. Pecahkan undi mereka hari ini dan ajar/perintah mereka dengan fahaman yang berbeza-beza. Inilah hakikatnya perkara yang berlaku.

Anda nampak sekarang? Inilah hakikat demokrasi. Perpecahan ini sebenarnya tercetus apabila wujudnya pilihan-pilihan lain yang sengaja direka, bersama slogan-slogan yang kononnya pihak mereka lebih baik dari pihak yang lain. Maka demi mempertahankan pilihan-pilihan masing-masing akhirnya wujudlah golongan-golongan fanatik dan mereka inilah yang secara tidak langsung akan menjadi para pengiklan percuma sistem demokrasi ini dan akhirnya menjadi satu fenomena biasa yang diterima dikalangan rakyat.


Sistem demokrasi juga berkait rapat dengan proses sekularism yang sedang dijaja diseluruh dunia hari ini. Dalam pandangan demokrasi dan kaum demokrat, kehendak Allah dianggap sepi dan tidak ada nilainya sama sekali. Demokrasi adalah suatu sistem yang menjadikan sumber perundang-undangan, penghalalan dan pengharaman sesuatu adalah rakyat(suara ramai), bukan Allah. Hal itu dilakukan dengan cara mengadakan pemilihan umum yang berfungsi untuk memilih wakil-wakil mereka di parlimen (lembaga legislatif). Hal ini berarti bahwa yang dipertuhan, yang disembah dan yang ditaati –dalam hal perundang-undangan– adalah manusia, bukan Allah. Ini adalah tindakan yang menyimpang, bahkan membatalkan prinsip Islam dan tauhid. Jelas bahawa sistem ini bertujuan menjadikan agama sebagai satu pilihan, dengan disebelah lain pilihan kewewahan dunia dihamburkan bagi mengelakkan manusia bersetuju untuk memilih agama .


Sistem demokrasi juga sangat berperanan menyusahkan pemimpin negara kearah pembangunan dan perpaduan. Ini kerana parti masing-masing perlu bersaing untuk merebut kuasa tampuk pemerintahan. Maka akhirnya segelintir individu akan sanggup menggunakan pelbagai taktik kotor demi mengekalkan kerusi dan jawatan yang disandangnya. Ini secara tidak langsung telah melambatkan pembangunan dan usaha perpaduan. Kerana pemimpin sendiri ditentang. Maka apalah gunanya pemimpin jika tujuannya hanya untuk digulingkan? Bahkan agama mengajurkan rakyat agar taat dan patuh kepada pemimpin. Bukannya berusaha menggulingkan pemimpin. Firman Allah:




“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul(Nya) dan ulil amri di antara kalian.” [TMQ An-Nisaa` (4):59]


Sudah tentu jika pemimpin sekarang digulingkan, perkara sama akan berulang lagi kerana kita masih menggunakan sistem yang sama. Tidakkah ini suatu kebodohan?


Maka apakah penyelesaiannya? Apakah kaedah paling ampuh untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan bertamadun tinggi? Jawapannya ialah mari kita kembali kepada AlQuran dan Sunnah. Kembali kepada apa yang diajarkan oleh nabi Muhammad SAW, contoh terbaik kepada seluruh umat akhir zaman.


Sistem pemerintahan islam berbeza secara total dari sistem demokrasi. Ianya dipanggil sistem khilafah. Seorang pemimpin akan dipilih didalam majlis syura oleh sekumpulan orang soleh yang dipercayai, mempunyai asas yang kukuh dalam AlQuran dan sunnah, serta mempunyai ilmu yang tinggi dalam sistem pemerintahan daulah islam. 

Dan setelah seseorang terpilih sbg khalifah, agama menghalang mana-mana rakyat dari menentangnya dan cuba untuk membina kerajaan kedua. Ini sangat jelas. Agama menghalang wujudnya pemimpin kedua dalam sebuah negara Islam. Sabda nabi Muhammad SAW:

“Barangsiapa mendatangi kalian, sedang urusan kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah), dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia” [HR Muslim].


Ini adalah kerana penubuhan kerajaan kepimpinan yang lain akan menyebabkan umat islam berpecah belah dan cenderung untuk hilang fokus kepada tujuan asal iaitu menubuhkan negara yang bersatu padu. Maka akhirnya pihak masing-masing akan berlumba-lumba dengan pelbagai taktik akan membuktikan kepada pihak lawan siapa yang lebih sesuai duduk di tampuk pemerintahan. Disinilah mulanya keretakan perpaduan kita.

Abu Bakar Ash Shiddiq suatu ketika pernah berkata, “Tidak halal bagi kaum Muslimin mempunyai dua pemimpin”. Perkataan ini didengar oleh para sahabat dan tidak seorang pun dari mereka yang mengingkarinya, sehingga menjadi ijma’ di kalangan mereka.




Sistem khalifah yang terakhir telah digulingkan di Turki iaitu khalifah Turki Uthmaniyyah pada 1924 oleh boneka zionis Mustafa Kamal Attartuk, dan hingga ke hari ini kita masih menerimapakai sistem pemerintahan apa yang diajarkan oleh golongan ini bahkan mereka juga adalah penjajah tanah air kita dahulu. Mengapa kita masih mahu berkiblatkan kesesatan? Tidakkah ini kelihatan amat bodoh?

“Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” [TMQ Al-Ma’idah (50:49].

Cukuplah sedikit untuk sistem khalifah dan akan dibincangkan dalam topiknya sendiri kelak. Cuma apa yang perlu diketahui sekarang, akhir zaman akan tertegaknya kembali sistem khalifah. Ini janji daripada Allah dan janji Allah adalah maha benar. Ianya juga sebagai rahmat kepada semua orang islam yang diakhir zaman. Maka marilah kita bersama-sama menentang segala bentuk sistem yang sedang meminggirkan ajaran Allah sejauh-jauhnya dari kehidupan kita bersama-sama dan berusaha menegakkan kembali sistem khalifah yang telah dijanjikan oleh Allah akan tiba. 

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)



Untuk barisan pimpinan negara kita hari ini, mari kita bersama-sama dan beramai-ramai mendoakan kesejahteraan pemimpin kita (tidak kira siapa) dan semoga Allah akan memberikan mereka kemudahan  untuk terus berada dijalan yang lurus dan kembali kepada hukum Allah untuk memimpin rakyat Malaysia dengan penuh keadilan. 

Tinggalkan terus semua laungan fanatik yang sengaja digembar-gemburkan bagi menarik minat orang ramai yang sebenarnya menjurus kepada pemecah-belahan masyarakat. Ingatlah amaran Allah SWT terhadap ancaman yahudi dan nasrani yang tidak akan berpuas hati selagimana umat Islam tidak hidup dengan cara hidup mereka.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120