Sunday, August 14, 2011

RIBA'

....Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. (Surah Al Baqarah, Ayat 275)


Post kali ini akan membincangkan hakikat ombak riba yang sedang bermaharajalela menjadi kebiasaan umat manusia hari ini.

Pada hari ini semakin aku membesar, semakin jelas pandanganku terhadap penipuan yang disembunyikan kepada orang ramai. Jika aku katakan hari ini setiap jasad yang berumur 18 tahun keatas sangat hampir bahkan majoriti diantara semuanya terlibat dalam RIBA. Bahkan tanpa aku sedari diriku turut menjadi mangsa pengamal riba' dalam beberapa hal. Amat menakutkan.

Fikirkanlah dengan akal yang waras. Apa sahaja pinjaman yang dilakukan menerusi bank hari ini adalah permainan riba, dan sesungguhnya Allah telah lama mengharamkan riba. Namun bagaimana hari ini majoriti umat terlibat dengannya pula? Sebutkan saja PTPN semua orang tahu ianya pinjaman berbunga 1-3%. Inilah riba. Maka secara automatik graduan-graduan yang ramai di menara gading sana adalah diantara mangsa2 riba. Kerete, rumah, bahkan hari ini terdapat banyak kedai2 yang mengamalkan kaedah bayaran secara ansuran untuk produk2 mereka. Dengan syarat, pastilah bayaran ansuran itu mempunyai bunga. Inikan sudah menjadi permainan biasa dunia kapitalis.

Teliti hadis akhir zaman berikut dengan akal yang waras, Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah S.A.W  bersabda maksudnya : "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Adakah kita sudah terkena debu-debu ini? ataupun rupanya telah lama bergelumang dengan riba' padahal kita sudah berada diakhir zaman. Masya Allah. Keluarkan kami dari kekusutan ini ya Allah.

Lebih keji apabila terdapatnya bank-bank di tanah air kita yang menggunakan "slogan" SISTEM PERBANKAN ISLAM padahal mereka masih mengamalkan sistem riba. Maka ramailah orang yang merasakan selamat dengan "slogan" mereka ini.


Semua produk yang ditawarkan seperti amanah saham, penggunaan kad kredit, pelaburan dibank-bank, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, insuran nyawa dan insuran kenderaan dan pinjaman kenderaan rata-rata di buat atas perjanjian menggunakan sistem riba. Ini tidak termasuk lagi sistem pajak gadai yang sedia ada di pasaran, pelaburan melalui internet (tidak jelas jual beli), sistem piramid , skim cepat kaya dan pinjaman tanpa lesen di panggil 'along' semuanya jelas terlibat melalui sistem riba yang diharamkan Islam.

“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279

Ibn Abbas r.a. diriwayatkan pernah berkata: “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat: “Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT.” (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)
“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”; al-Baqarah:275
Bagaimana seseorang tidak malu mengaku beriman apabila statusnya sedang berperang menentang Allah swt dan Rasulullah saw? Ini satu pengakuan tidak munasabah dan menunjukkan nilai iman sangkaan semata-mata (perasan). Maka melalui surah ini  neraka telah dijanjikan kepada pengamal riba.

Inginkah anda mengetahui siapakah orang2nya yang dimaksudkan yg melibatkan diri dalam riba?

“Dilaknati Rasulullah SAW pemakan (penerima) riba, dan pemberi makan (pemberi riba), saksinya dan penulisnya.” ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani: Hasan Sohih )

“…dan tidak harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan — apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara — mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata…”; al-Ahzaab:36


Semoga kita dijauhkan daripada kesesatam dihadapan mata ini. Pimpinlah kami agar keluar dan terelak daripada denu-denu riba ya Allah

1 comment: