
... We stand today at a unique and extraordinary moment. The crisis in the Persian Gulf, as grave as it is, also offers a rare opportunity to move toward an historic period of cooperation. Out of these troubled times, our fifth objective -- a new world order -- can emerge: a new era -- free from the threat of terror, stronger in the pursuit of justice, and more secure in the quest for peace. ...

1990+11= 2001
2001+11= 2012 ???
Kebetulan atau segalanya sudah dirancang?
Mengikut Leo Zagami(ex 33rd degree scottish rite yang bertaubat dan masuk Islam), pada 2012 Illuminati/Freemason akan melakukan pembunuhan besar-besaran ke atas umat Islam seluruh dunia dan permulaannya pada awal 2010। Dan Obama telah menghantar pasukan tambahan seramai 30, 000 ke Afghanistan baru-baru ini. Apa yang berlaku sebenarnya pada 2012 ini ialah golongan penyembah syaitan ini akan memperkenalkan suatu era pemerintahan dunia secara sekular yang diberi nama "PENTADBIRAN DUNIA BARU" atau lebih dikenali sebagai ‘NEW WORLD ORDER'.

Maka apa yang jelas mereka akan melakukan pembunuhan beramai-ramai pada 2012(terutama orang islam). Konspirasi untuk mengurangi populasi dunia sehingga dunia ini hanya dihuni oleh 500 juta manusia. Hal ini bererti pengurangan sekitar 93% penduduk dunia. Mereka kemudian akan menutup kejahatan mereka ini dengan penipuan(seperti yang selalu berlaku), namun penipuan kali ini amatlah terancang dan sangatlah berteknologi tinggi kerana usaha untuk mencapai matlamat 2012 ini telah dirangka dengan sangat halus sejak berpuluh tahun lalu.
Mahukah pembaca tahu apakah penipuan yang akan disebarkan untuk membunuh sejumlah besar populasi dunia nanti? Ianya adalah dengan membuat seolah-olah bumi telah diserang mahluk asing. Ya, inilah realitinya dan kerana inilah mereka telah memperkenalkan UFO dan ALIEN kepada kita sejak kecil lagi। Masanya semakin hampir untuk mereka melahirkan apa yang mereka telah perkenalkan ini. Mereka akan membunuh populasi manusia pada jumlah yang sangat tinggi seperti yang berlaku dalam filem-filem HOLLYWOOD apabila bumi diserang mahluk asing.

‘NEW WORLD ORDER' adalah satu pemerintahan atau lebih tepat penghambaan satu dunia yang didominasi oleh sebuah ‘kuasa' yang besar dan kuat terdiri daripada golongan elit atau lebih dikenali sebagai ILLUMINATI. Pemerintahan ini melibatkan hubungan pertalian kekeluargaan, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada orang-orang terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin politik, dan tidak terkecuali Black Nobility of Europe. Black Nobility of Europe ini didominasi oleh pemerintahan monarki. ‘NEW WORLD ORDER' ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama dirangka, dan pentadbiran baru ini akan mula ditonjolkan pada 2012.

Mereka akan melakukan perubahan drastik pada tahun-tahun kedatangan 2012 dimana kondisi perekonomian yang sangat buruk akan berlaku yang akibatnya akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketingkat yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik yang sangat tegang pada tahun 2012.
Pada tahun 1957, satu symposium telah diadakan dalam usaha mereka membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya objektif dan matlamat NEW WORLD ORDER ini dapat membuahkan hasil. Daripada 3 usul yang dibangkitkan, 2 daripadanya telah diterima. Satu lagi usul tidak diterima kerana ianya melibatkan penggunaan senjata nuklear. 2 usul yang diterima untuk mengurangkan populasi manusia adalah melibatkan penyebaran pathogen penyakit-penyakit berbahaya, penggunaan ubat-ubatan dan penggunaan sebuah sistem keji yang dinamakan HAARP dimana sistem ini menggunakan prinsip resonan gelombang untuk menghasilkan getaran pada satu titik yang boleh mengakibatkan gempa bumi. Perkara ini akan dibincangkan dalam topik akan datang.

Secara kesimpulan yang awal, kita dapat melihat bahawa ‘pemerintahan dunia baru' ini, melibatkan sebuah organisasi elit yang berharta serta terlibat dengan upacara pemujaan selain daripada Tuhan, di samping berkuasa mengawal pentadbiran yang ada sekarang। Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa pemerintah yang ada pada kala ini hanya sebagai ‘kerajaan boneka'.

Selamat menempuh dunia yang dipenuhi penipuan sebelum kedatangan penyelamat mereka, iaitu al-masih dajjal yang akan menyempurnakan segala kesesatan ini.
salam..very nice post. and a very interesting topic to be talk about nowadays.
ReplyDeletesy cadangkan saudara/i turut meletakkan footnotes/sumber rujukan sbg dalil penguat kenyataan dlm blog ini.barulah terbuka minda ;)
tapi kalau rahsia atau sbb2 tertentu xbole post, it's ok