Thursday, July 29, 2010

SIHIR PIALA DUNIA


Semasa menulis artikel ini, piala dunia telah lama berlalu, namun rasanya tidaklah salah jika saya saya terus menulis demi berkongsi sedikit pendapat mengenainya.


Mungkin ramai yang berpendapat tiada apa yang salah dalam piala dunia. Ianya hanyalah sejenis sukan yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan pemain disamping menjadi hobi yang menguntungkan. Mungkin benar. Tetapi sejauh manakah alasan ini masih lagi "valid" dalam zaman penipuan dajjal sekarang?

Tidak keterlaluan jika dikatakan hampir kesemua penduduk bumi tahu akan kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali ini. Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini.

Pada tahun 2010, giliran Afrika menjadi hos kepada acara gilang gemilang ini. Sungguh aneh bagaimana negara semiskin Afrika Selatan boleh terpilih untuk menjadi hos kepada temasya berprestij ini. Dari segi infrastruktur, sebenarnya Afrika Selatan masih belum siap. Negara itu termasuk negara penghutang yang besar, tapi kenapakah negara paling selatan itu berhasil menjadi penyelenggara kejohanan besar empat tahun sekali ini? Untuk menjayakan Piala Dunia yang pertama di benua Afrika ini, Afrika Selatan mesti menyediakan 10 buah stadium sedangkan yang sedia ada hanya lima buah, itupun tidak memenuhi syarat dengan pelbagai kekurangannya. Mahu tidak mahu, lima buah stadium baru terpaksa dibina dan yang sedia ada diperbaiki. Kos keseluruhannya mencecah berbillion dolar. Soccer City Stadium sahaja melebihi RM1.4 billion. Justeru, bagaimana hal ini boleh dijayakan jika tidak adanya campurtangan dari para Kapitalis?


Bagaimana negara semiskin Afrika boleh mengeluarkan perbelanjaan berbilion euro untuk temasya piala dunia sedangkan satu dunia tahu rakyatnya kekurangan makanan, tiada air bersih untuk diminum, bahkan tinggal dirumah yang sangat daif?

Dari sisi politik, kejohanan bola sepak Piala Dunia ini merupakan usaha sistematik puak kuffar untuk meningkatkan lagi fanatisme assabiyyah (kebangsaan) dan wathaniyyah (patriotisme). Penduduk sesebuah negara pastinya akan menyokong negara mereka dengan perasaan yang membuak-buak mengharapkan kemenangan negaranya dan mereka akan merasa sedih, malah ramai yang tidak akan segan silu menangis dan meratap jika negaranya kalah. Sesungguhnya tidak ada keuntungan yang diperolehi oleh umat Islam dari bola sepak, baik Piala Dunia atau piala lainnya, kecuali ‘kepuasan sementara’.


Di kalangan umat Islam, sihir bola sepak telah berjaya memukau para pengusaha Arab yang berlumba-lumba membeli kelab bola sepak. Mereka rela menghamburkan wang mereka berbilion-bilion hanya untuk membeli sebuah kelab bola sepak. Syeikh Mansour membeli Manchester City dengan harga RM1 billion. Suliman al-Fahim membeli Portsmouth sebanyak RM353 juta. Dan dilaporkan bahawa Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah dari Saudi berniat membeli Liverpool dengan nilai RM1.84 billion. Sungguh ironi keadaan ini, di saat umat Islam menderita di seluruh dunia, para Kapitalis ini sibuk menghamburkan harta kepada suatu yang sia-sia.


Tidak hanya itu, Piala Dunia ini telah berjaya mengubah ’pola hidup’ manusia di mana secara sedar atau tidak, mereka akan menyesuai atau‘melaraskan’ jadual hidup mereka dengan kejohanan tersebut. Paling tidak, dalam sebulan itu, ramai penduduk dunia akan mengubah pola menonton televisyen, termasuk mengubah pola tidur, pola perbelanjaan dan pola perbincangan. Malah ramai yang tidak berpuas hati jika hanya menonton di rumah. Mereka sanggup ke kedai atau ke mana-mana tempat yang ada skrin besar dan menontonnya beramai-ramai untuk ‘merasakan’ suasana dan aura perlawanan umpama berada di stadium padahal mereka langsung tiada kaitan dengan pihak yang mereka mati-matian sokong, dan yang ada hanyalah sikap fanatik dan membuta tuli terpengaruh kepada aliran dunia kapitalis.

Di sebalik Piala Dunia yang telah berlalu, dengan melihat apa yang berlaku, kita sesungguhnya tidak dapat menolak bahawa terdapat kelicikan Barat di balik semua ini. Selain usaha menguasai dunia, mereka menginginkan agar masyarakat dunia, khususnya umat Islam terus lena dengan pelbagai pesta, pesta bola, pesta arak, pesta zina, pesta judi dan bermacam-macam lagi pesta kemaksiatan yang muncul seiring dengan kejohanan bola sepak. Setidak-tidaknya, ini adalah salah satu protokol yang tertulis di dalam Protokol Zionis walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya.


Tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan,

“Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk menuaskan hawa nafsunya...”.

Mari kita lihat sedikit bukti campurtangan pihak illuminati didalam piala dunia.

Anda kenal HORUS? Tuhan bermata satu yahudi kuno? Bagi yang tidak tahu mengenai horus, di bawah maklumat ringkas tuhan kepercayaan yahudi purba ini.

HORUS adalah tuhan bermata satu, berkepala burung, berbadan manusia(dalam beberapa lukisan) . Juga dipercayai sebagai tuhan matahari "sun god" oleh "penganutnya". Sesetengah berpendapat bahawa Horus adalah jelmaan syaitan atau lebih tepat dajjal sebagai tuhan bagi menyesatkan manusia ketika itu. Seperti mana dajjal dijanjikan akan keluar diakhir zaman, mungkin begitulah peliknya keadaan yang berlaku kelak sama seperti yang berlaku dizaman dahulu. Mungkin kedengaran pelik, namun jangan dipandang remeh kerana Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa penipuan paling dahsyat sepanjang zaman adalah daripada al masih dajjal.

Mari kita lihat sedikit gambar HORUS yang diketahui. Selain drpd gambar dibawah(gambar terawal horus yang dilakarkan di dinding piramid) horus turut digunakan dalam logo USA, logo CIA, dan banyak lagi dalam negara USA sendiri seperti department of energy, national transportation safety board, & banyak lagi. Perhatikan gambar HORUS dengan teliti untuk "dicompare" dengan gambar yang akan saya letakkan kemudian dibawahnya.


Sekarang bandingkannya dengan logo FIFA 2010 dibawah. Logo ini kemudiannya diputar 90 darjah lawan arah jam menghasilkan gambar yang disebelahnya.
Perhatikan kesamaan diantara tuhan Horus dengan logo itu. Tidakkah keduanya kelihatan serupa? Bahkan jika bulatan didalam logo itu dilengkapkan, ianya menyerupai matahari yang berada diatas kepala HORUS.

Perhatikan logo-logo FIFA tahun sebelumnya juga. Jelas setelah di"rotate" ke kiri ianya kelihatan seperti kepala seekor burung dengan bulatan yang tidak dilengkapkan diatasnya.


Sudah jelas lagikan bersuluh.

3 comments:

  1. betul2...apa yang anda tuliskan ada persamaan dengan apa yg saya fikirkan... jika boleh saya kata, para ulama or mufti boleh saja memberi fatwa bahawa piala dunia sukan bola sepak ni haram. antara sebab2nya adalah adanya pembaziran..nak buat stadium n prasarana menelan belanja yang tinggi semata2 untuk temasya berkenaan..selepas berakhirnya musim bola tu stadium yang banyak dibna itu mula lengang...kalu ada pon pengisian ia tidak la selalu dan kerap sesuai dengan kos penyelenggaraannya yang menelan belanja yang tinggi. selain itu ada wujudnya penindasan...kite lihat d afrika selatan tu..dengan rakyatnya yang miskin dan hidup melarat bagaimana pihak kerajaannya boleh berfikir ada keuntungan untuk menjadi tuan rumah. seharusnya kerajaan harus memkirkan tentang kebajikan rakyat, bukan memikirkan keseronokan dan kemasyuran menempa nama sebagai tuan rumah acara berprestij ini..ikutkan banyak lagi asbab kepada kewajaran mengharamkan piala dunia ni..cuma apa yang saya sebutkan tu adalah sekadar menyokong pendapat anda di atas tu.

    ReplyDelete
  2. memang benar ap yang saudara emi sebutkan. Kadang2 terasa sedih bila masih ramai yang tidak sedar dan menyokong ideologi penyembah syaitan(zionis) ini. Hidup dihari ini terlalu merumitkan kerana ideologi mereka telah mersap masuk dalam semua cabang kehidupan kita. Semoga Allah akan terus menelanjangkan lagi hakikat penipuan mereka dan memberi kita kekuatan untuk menentang mereka InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. salam,sy ade pnh dgr atuk saye citer asal usul permainan bola ni xbaik.kepale umat islam (xigt name)disepak sepak oleh org2 tentera2 kafir pd zman dulu,sama mcm sepak bola..walahu'alam.

    ReplyDelete