“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)
Post kali ini akan membincangkan bagaimana hakikat kesyirikan yang sedang dialami dunia hari ini yang mana sekaligus budaya hidup ini telah merosakkan kehidupan kita secara perlahan tanpa disedari oleh kebanyakan manusia.
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Maka, menganggap wujudnya kuasa/peraturan yang lebih hebat/layak dipatuhi selain dari peraturan Allah juga tergolong dalam golongan orang yang mensyirikkan Allah.
Sebagai muslim, kita mengiktiraf dan mengambil undang-undang Allah sebagai undang-undang yang paling tinggi. Dan apabila seorang muslim mengambil pemerintahan disuatu kawasan, dimana kawasan tersebut dipanggil sebagai "darulislam"(kwsn islam), kita akan mengiktiraf bahawa Allah adalah "besar" di kawasan itu. Kita akan mengambil undang-undang Allah secara total untuk dipraktikkan dalam undang-undang negara itu. Maka Allah adalah agung dikawasan itu dan undang-undang Allah adalah paling tinggi dikawasan itu. Pemimpin dikawasan ini akan dikenali sbg khalifah, amirul mu'minin, dan juga imam. Undang-undang Allah akan dikenali sebagai yang paling tinggi dan undang-undang Allah akan dikuatkuasakan.
Persoalannya sekarang adakah Allah dianggap "al-akbar"(agung) dimana-mana negara seluruh pelusuk dunia hari ini? Dimana terdapat negara didunia ini yang meratapinya (kerana Allah tidak dikenali sbg "al-akbar" di negaranya). Dimana air mata rakyatnya berlinangan kerana Allah tidak diiktiraf sebagai kuasa paling agung. Atau dimana rakyat berasa resah dan duka kerana undang-undang Allah dicampak jauh-jauh dan digantikan dengan undang-undang laknatullah yahudi?
Perhatikan senario ini diseluruh dunia. Hakikatnya kita sebenarnya sedang dibelai halus oleh budaya mensyirikkan Allah SWT. Kita semakin berasa selesa dengan penggubalan undang-undang musuh-musuh agama Allah di negara kita. Bahkan kita semakin lupa akan undang-undang Allah yang maha agung dan menganggapnya sebagai remeh dan kecil dalam isu pentadbiran negara di zaman ini, bahkan kebanyakan undang-undang Allah kita tolak dalam undang-undang negara hari ini.
Alangkah dangkalnya ilmu kita semua apabila undang-undang penjajah yang kita amalkan hari ini . Padahal dahulunya penjajah ini memijak-mijak bangsa lain selain mereka dan setelah itu kita mencorakkan dan mentadbir tanah air kita dengan undang-undang mereka? Tidakkah ini kelihatan seperti suatu kebodohan?
Khilafah(pemerintahan Islam) yang diwarisi dari zaman nabi kali terakhir telah runtuh pada 1942 di Turki di bawah pimpinan tali barut musuh Islam, Mustafa Kamal Ataturk. 1942 bukanlah tempoh yang sangat lama sekiranya kita mahu mengkaji sejarah keruntuhan kekhalifahan Islam.
Dan kemudiannya apakah kuasa dunia yang mula menggantikan khalifah yang telah tumbang? Apakah namanya?
Mereka adalah kaum yang sama yang berusaha menghancurkan Islam sejak zaman para nabi dahulu iaitu yahudi dan nasrani. Pengaruh mereka datang dengan pelbagai slogan kenegaraan yang berbeza-beza seperti komunisme, imperialisme, demokrasi, dll yang bertujuan memecah-belahkan kesatuan negara-negara yang telah lama bersatu semasa pemerintahan khilafah islam. Maka sejak inilah majoriti pemerintahan negara didunia mula mengabaikan undang-undang Allah kerana telah dirosakkan oleh para penjajah. Bermula dari sinilah Allah tidak lagi dikenali sebagai al-akbar dan ianya sedang dipromosikan secara percuma kepada kita dari hari ke hari sehingga ke hari ini ketika kamu sedang membaca post ini.
Tujuan mereka adalah satu, membentuk dunia sekular moden dengan mengabaikan Allah sebagai tuhan atau lebih tepat mensyirikkan tuhan secara rasmi.
Maka secara rasminya kuasa tertinggi di negara ini bukan lagi dirujuk kepada Allah SWT. Undang-undang tertinggi juga secara rasminya tidak lagi undang-undang Allah SWT. Mereka membuat undang-undang mengikut hawa nafsu mereka dan sekaligus menghalalkan yang telah Allah SWT haramkan.
BUKANKAH ITU SYIRIK?
Allah membuatkannya haram, tetapi negara berkuasa pula menghalalkan. Sepertimana mereka menghalalkan judi di negara kita. Atau sepertimana negara memberi lesen menghalalkan kilang-kilang arak di negara ini.
Mari kita muhasabah bersama maksud hadis nabi dibawah ini.
"Tidakkah mereka mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah, lalu kalian pun mengaharamkanya; dan tidakkah mereka itu menghalalkan apa yang diharamkan Allah, lalu kalian menghalalkannya?", Aku menjawab: ya, maka beliau bersabda: "itulah bentuk penyembahan kepada mereka (syirik)" (HR. Imam Ahmad dan At Tirmidzi dengan menyatakan hasan)
Maka adakah dengan suatu pihak menghalalkan perkara haram sepertimana sistem politik kita menghalalkan lesen arak dan judi adalah dikira syirik?
Dan jika jawapan kamu adalah ya, bagaimana pula dengan semua sistem politik di dunia hari ini, kemana saja kamu berpaling, dunia hari ini adalah dunia sekular moden, iaitu seperti yang dibincangkan diatas, dunia yang mensyirikkan Allah secara rasmi.
Satu perkara yang turut menjadi bukti dunia hari ini sedang mengalami proses sekularisme adalah apabila pada hari ini, secara total, setiap negara didunia ini adalah ahli kepada pertubuhan bangsa-bangsa bersatu(PBB), dan ini bermakna setiap manusia didunia ini terikat secara "formal" dengan undang-undang mereka(PBB).
Namun pernahkah kita sebagai ahli PBB membaca dan mengetahui penyelarasan ketetapan-ketetapan dalam undang-undang PBB?
Dalam artikel 25 dan 26, bab 5 yang merangkumi bab agama, mereka menegaskan bahawa:
"KUASA PALING TINGGI DIDUNIA (DIULANG DIDUNIA) DALAM SEMUA PERKARA MENGENAI KEAMANAN DAN KESELAMATAN ADALAH TERLETAK SECARA TOTAL KEPADA PBB".
Ini sekaligus memberi maksud bahawa Allah tidak lagi al-akbar di kawasan kawasan mereka(PBB). Undang-undang Allah bukanlah undang-undang mutlak yang harus dipatuhi dan tiada undang-undang yang lebih tinggi dari undang-undang mereka. Ini adalah syirik.
Sekarang jelaslah bahawa kita semuanya sebenarnya sedang hidup dengan syirik disekeliling kita tanpa kita sedari. Tiada orang bersedih kerana perkara ini, lebih-lebih lagi apabila Allah tidak lagi diiktiraf sebagai al-akbar bahkan majoriti muslim tidak terasa apapun terhadap perkara ini.
Maka apakah sebenarnya tujuan kita menjadi pengikut-pengikut agama yang diajarkan nabi Muhammad tetapi budaya dan undang-undang yahudi dan nasrani yang kita sanjungi? cara hidup mereka yang kita kiblati? dimana perginya kekuatan kita?
Benar sungguh hadis nabi mengenai perihal umat islam diakhir zaman yang berikut:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (HR Abu Daud)
Dan pada hari ini fenomena syirik ini semakin besar dan semakin berpengaruh. Undang-undang Allah mula diletakkan dalam hal-hal kecil bahkan disesetengah negara undang-undang Allah adalah dilarang untuk diamalkan. Ombak kesyirikan ini semakin dirasai dan menular menjadi persekitaran dimana kanak-kanak hari ini membesar dalam fahaman sekularisme ini.
Maka mereka(zionis) semakin takbur dan semakin bersedia untuk menjayakan plan NEW WORLD ORDEER mereka sekaligus menyambut kedatangan penyelamat mereka yang ditunggu-tunggu, iaitu al-masih Dajjal laknatullah sedikit masa lagi.
Semoga Allah menjauhkan kita dari kesesatan ini.
kadang kala saya rasa terkeliru bila mana mmbaca artikel2 sebegini...lagi2 bercerita mengenai penyelamat n akhir zaman... terasa macam ada iras2 atau bayangan apa yg dipegang oleh para pengikut al-arqam yg mempercayai penyelamat bakal tiba dalam masa terdekat ini lantaran dunia semakin rosak dan huru hara.. kemudian ada jugak artikle sebegini saya baca berkenaan asia atau lbh tepat nusantara ini bakal menjadi pencetus revolusi islam..atau dgn kata lain bagi pemahaman pengikut al-arqam, daulah islam kali ke-2 munculnya di malaysia. x mahu menyebut ttg kesesatan mahupun kesilapan al-arqam yg difahami umum, tetapi saya merasakan banyak pihak sebenarnya memegang pemahaman n mungkin juga ramalan yang sama - dunia semakin tenat yg memerlukan penyelamat dan nusantara ini adalah tapak ummahnya...- untuk menyebut ttg al-mahdi wallahu a'lam..saya x berani menyebutnya...wallahu a'lam..
ReplyDeleteal Arqam? xpasti lak al arqam cerite sal masalah kewangan dunia. masalah kuasa zionis yg memerintah. n byk lg yg dibincangkan dlm blog ini.
ReplyDeletep ape2 pun sbg muslim kite percaye imam mahdi akan keluar diakhir zaman. nabi isa pun akan turun buat kali ke2 utk membunuh dajjal. jadi ap masaahnya?
x kira lah munculnya gerakan dari malaysia ke, kalau nak berpandukan quran dan sunnah, mari kite tegur menegur kalau salah.
ohho..x..x..saya x la kate specifik kaitan antara al-arqam dgn artikel kewangan kali ni...secara keseluruhan 16 artikel kat sini yg mmbongkar penipuan n rancangan freemason mmbayangkan yg dunia sbenarnye mmg tenat...huru hara...terasa da rosak dgn sgala sistemnye bertunjangkan plan yg dibuat freemason n konco2nye..n ia juga (artikel2 kat sini) bagai kesinambungan kpd isu2 dunia akhir zaman seperti imam mahdi..dajjal...kehancuran dunia...kesesatan manusia...dll...yg slama ini ia dibicarakan secara umum tak spesifik...bagaimana dikatekan dunia ni konon da teruk..rosak sedangkan kite lihat ok je..malaysia pon aman je...tp ada sstengah golongan n kumpulan meramal n merasakan yg dunia ni sedang menuju kehancuran...bila da macam tu org2 awam akan lihat mereka ni sesat..atau mengarut...dll tanda x mmpercayainya..tp bila mmbaca artikel2 anda yg kelihatan logik (walaupun x teruji kesahannya, skdar saya mmpercayai smata2) barulah disedari mmg inilah situasi sbenar yg blaku..so kelihatan ada korelasi antara ramalan atayu pegangan kumpulan2 lain tmasuk al-arqam...(mereka asik la sebut penyelamat-almahdi- dtg di kurun ini atau dlm masa terdekat)..jd kesimpulannya..artikel2 anda disini mmg ada perkaitan dgn apa yg mreka fahami n pegang (mgkin ramal)..maaf saya banyak komen...tp sejujurnya saya suke mmbaca artikel2 sbegini...
ReplyDelete