Thursday, June 10, 2010

DADAH BERBAHAYA

Pernahkah kita terfikir bagaimana dadah sintetik yang perlu dihasilkan secara makmal, seperti ecstasy, kokain, shabu, dll boleh wujud di SELURUH DUNIA dan bekalan dadah ini tidak putus-putus? Adakah ianya secara kebetulan terdapat organisasi berasingan di semua negara didunia menghasilkan dadah-dadah berbahaya yang sama?

Saya rasa pembaca tahu akan jawapannya. Dadah-dadah berbahaya ini tidak lain adalah sengaja diedarkan secara sengaja dan berterusan oleh golongan freemason ini dengan tujuan asal mereka iaitu menghancurkan kesejahteraan manusia serta merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial seluruh manusia/ dengan erti kata lain-menyesatkan manusia seteruk mungkin.

Freemason membiayai pengedar-pengedar dadah didunia dan kerana inilah gangsterism wujud hampir diseluruh dunia dengan nama yang pelbagai seperti di Jepun mereka dipanggil Yakuza, di sekitar eropah dikenali sebagai Mafia, dan begitu juga diseluruh dunia yang lain termasuk di tanah airku. Organisasi-organisasi gangsterisme ini memonopoli kehidupan "underground" dan merekalah yang bertanggungjawab terhadap semua masalah sosial di dunia kerana merekalah sebenarnya dalang yang mempengaruhi dan mempromsoikan anak-anak muda kita dengan hiburan seperti dadah, arak, pelacuran dll.

Mungkinkah mereka ini ditangkap? Jawapannya mustahil perkara ini akan berlaku. Organisasi-organisasi ini dibiayai oleh freemason dan kita tahu bagaimana freemason telah berkuasa didalam dunia kita. Bahkan kita sendiri sedang dikawal oleh mereka tanpa kita sedari. Maka kerana inilah mustahil kita akan membaca tajuk akhbar seperti "KETUA MAFIA DITANGKAP" dan inilah yang berlaku diseluruh dunia, memaksa anak-anak kamu terjerumus kedalam bahaya dadah tanpa disedari, dan akhirnya berakhir dengan kesudahan yang menakutkan.

Oleh sebab inilah perang terhadap dadah yang sedang diuar-uarkan seperti di barat(DRUG WAR) ataupun di negara kita sendiri(NEGARA BEBAS DADAH), TIDAK AKAN TERCAPAI SAMA SEKALI.

Ini kerana yang ditangkap oleh pihak berkuasa ialah anak-anak muda kita, yang terlibat mungkin secara tidak sengaja, atau faktor2 lain, dan mereka bukannya "mastermind" atau "kepala" kepada pengedaran dadah di negara kita. Inilah permainan yang sedang freemason perbodohkan kita. Kita sebenarnya sedang menjayakan tujuan asal mereka. Mereka (freemason) menyediakan masalah sosial di negara kita dengan dadah, dan kemudian mereka mencipta penyelesaian dengan cara penguatkuasaan undang-undang mereka yang harus dipatuhi, yang mana sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah ini, tetapi bertujuan menutup mata dan melupakan manusia terhadap asal-usul serta punca wujudnya masalah ini tadi . Bukan sahaja anak-anak muda kita yang teresat dan ditipu dalam isu ini, bahkan golongan tua serta pihak berkuasa terlibat sama ditipu kerana menjayakan program mereka. Kita sebenarnya sedang bermain "kejar-kejar" diantara kita dengan ideologi keji daripada freemason yang manapun kesudahannya tidak akan pernah memihak kepada kita.

Kita terus ditipu ditipu dan ditipu. Lihatlah berapa banyak kes hukuman bunuh mandatori yang dilaporkan dalam media massa dari hari ke hari atas nama UNDANG-UNDANG. Teramat menyedihkan. Kita sebenarnya sedang membunuh bangsa kita sendiri. Kita sebenarnya sedang membuat penyembah syaitan ini ketawa riang. Alangkah bodohnya kita.

Tetapi setelah kita bunuh anak bangsa kita atas nama undang-undang, bekalan dadah tidak pula putus, bahkan bertambah dan semakin bertambah dari hari ke hari, sesuai dengan populasi manusia yang semakin meningkat. Adakah ini suatu kebetulan? Bodohnya jika kita masih berfikir dengan cara yang sama. Bodohlah jika kita masih menyalahkan penagih dadah dan bukannya pembekal dadah.

Lihatlah sendiri kesan akibat daripada kita mengambil hukum undang-undang dari bukan Islam. Ianya tidak pernah menyelesaikan masalah ini, bahkan membuka masalah baru yang akhirnya tidak pernah memihak kepada kita. Semakin kita berkiblatkan mereka, semakin hilanglah fungsi agama dalam institusi sosial kita. Allah berfirman dalam AlQuran berkenaan larangan menghukum dengan undang-undang selain dari undang-undang yang telah ditetapkannya.

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].

Kerana itulah USA memiliki terlalu banyak rahsia kerajaan yang amat diragui. Mereka juga mempunyai pertubuhan kepolisan undang-undang yang terlalu banyak dan berbeza level seperti CIA, INTERPOL, FBI, DEA dll yang kita tahu tujuannya adalah untuk agenda keji mereka. Menguasai dan memanipulasi organisasi seluruh manusia didunia ini. Dan begitu juga merekalah yang berkuasa terhadap undang-undang internasional yang telah kita dan satu dunia iktiraf kekuasaan mereka. Sungguh jelek perbuatan kita mengambil hukum selain dari undang-undang yang menciptakan alam semesta ini.

Pernah kapal terbang kebangsaan Amerika yang didaftarkan atas nama kerajaan dan CIA, mempunyai beberapa kes kapal terbang ini terhempas dan apa yang ditemui didalamnya dadah yang dipercayai sedang diedarkan ke negara lain. Contohnya pada 2007 di Yucatan dimana 3.2 tan kokain ditemui didalam kapal tebang yang didaftarkan atas nama CIA. Mungkin ini antara contoh yang diketahui, dan mungkin terdapat lebih banyak dadah yang telah diedarkan yang tidak diketahui umum.



“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

No comments:

Post a Comment