Bayangkan segala kecanggihan zaman ini putus begitu sahaja. Bayangkan sistem eletrik kita sudah tidak lagi berfungsi. Tiada lagi penyaman udara dan peti sejuk yang berfungsi. Tiada lagi stesen-stesen pam minyak yang beroperasi bahkan kenderaan bermotor bukan lagi berfungsi sebagai kenderaan, hanya hiasan ditepi jalan. Tiada lagi lampu dimalam hari dan semuanya gelap gelita tanpa ketamadunan.
Pernahkah kita semua terfikir apa akan terjadi sekiranya semua kemudahan yang kita miliki hari ini terhapus suatu hari kelak? Dan semua dunia ilusi rekaan zionis ini hilang lenyap secara tiba-tiba? Dapatkah kita abertahan tanpa kereta mewah kita? tanpa bekalan eletrik? tanpa supermarket untuk kita membeli barang-barang keperluan harian? Tanpa kelab-kelab malam atau rancangan kegemaran kita dihujung minggu? Dapatkah kita teruskan hidup kita dengan kembali kepada fitrah asal kita. Fikirkanlah dimana kedudukan kita. Masing-masing kita telah dihapuskan kemampuan survival kita dengan kecanggihan dunia zaman moden yang diberi nama "ketamadunan" ini.
Tidak kira siapapun, kita manusia pada hakikatnya hari ini sedang berlumba-lumba menjadi juara dalam dunia ketamadunan rekaan penyembah syaitan hari ini. Kita semakin lari dari fitrah asal kita. Manusia semakin malas dan bodoh. Kita dilatih untuk menjadi sombong dan bongkak dengan ketamadunan. Semakin besar rumah dan kereta, semakin bertamadunlah kononnya manusia dizaman ini. Apa yang kita tahu mengenai kehidupan hanyalah apa yang diajarkan kepada kita oleh penyembah-penyembah syaitan ini. Semuanya berkiblatkan barat. Semuanya mengamalkan sistem kapitalis yang sangat keji. Dengan memiliki kereta-kereta mewah dan bergaji ribuan sebulan, kita merasakan semuanya adalah 'ok' dan kita tidak melakukan apa-apa kesalahan padahal jika diteliti, ternyata terdapat majoriti manusia yang masih tiada tempat untuk berteduh, tiada bekalan air bersih, bahkan tiada pakaian untuk ditukar hari-hari sebagai akibat penyertaan kita dalam dunia kapitalis rekaan zionis ini.
Sebenarnya apa yang wujud dizaman yang kita pangggil bertamadun ini hanyalah sebuah dunia ilusi rekaan penyembah syaitan yang bertujuan melemahkan institusi sosial dan sistem survival manusia, supaya kita semua dengan mudahnya akan dapat dikawal dan diperhambakan kerana hilang kebergantungan terhadap kemajuan zaman ini suatu hari kelak. Inilah motifnya temadun yang disediakan oleh mereka hari ini.
Percayalah semua bahawa masanya akan tiba dimana semua kesenangan dunia rekaan zionis yang sedang kita nikmati ini akan lenyap, kerana mereka tidak bertujuan memudahkan kehidupan manusia. Jauh sekali dalam hati mereka mempunyai niat semurni itu..
Bahkan setelah manusia seluruhnya telah bergantung sepenuhnya kepada mereka, maka dengan mudahnya mereka akan menarik balik semua kemudahan ini dengan tujuan memanipulasi dan menguasai manusia yang telah lemah tanpa bekalan "tamadun" dari mereka lagi.
Maka ketika itulah mereka melebarkan lagi sayap kesombongan mereka dengan menyebarkan penipuan-penipuan yang bertujuan melupakan manusia terhadap tuhan. Kita sudah terbiasa bertawakkal dengan sistem penyembah sekarang dan begitulah juga halnya setelah ketamadunan rekaan mereka ini ditarik balik. Seperti contoh untuk mendapatkan seteguk air bersih ketika itu manusia mungkin akan dipaksa perlu membayar sebuah harga kesyirikan yang besar kepada tuhan dan mengikut telunjuk mereka kerana kebiasaan amalan kita hari ini iaitu, bergantung dengan sistem mereka.
Sebenarnya motif mereka ialah membiasakan manusia secara perlahan untuk mengikut telunjuk sekular mereka dan mengawal tiap-tiap manusia itu sendiri. Kita semua sebenarnya sedang diperhambakan oleh sistem keji penyembah syaitan ini yang diberi nama ketamadunan.
Ini semua berlaku kerana kita masing-masing menyertai dunia ilusi rekaan penyembah-penyembah syaitan ini. Dari sekecil-kecil seperti cara berpakaian sehinggalah kepada urusan pentadbiran negara, semuanya berkiblatkan penyembah syaitan ini. Dimanakah segala kekuatan kita? Mengapakah begitu mudah kita diperbodohkan oleh mereka dan secara tidak sengaja menyertai dunia keji rekaan mereka? Ya, mereka telah berjaya dengan sangat-sangat dahsyat mensekularkan kita dan melarikan panduan agama dalam setiap episod perjalanan hidup kita.
Mungkin inilah maksud hadis nabi junjungan kita mengenai penguasaan mereka hampir secara total terhadap kita di akhir zaman ini :
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI” [Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]
Hakikatnya semakin hampir masanya mereka akan menjalankan misi mencabut semua ketamadunan dan dunia ilusi rekaan mereka ini dari hidup kita. Lihatlah sekeliling kita, seluruh umat manusia sedang sangat-sangat bergantung dengan dunia tamadun rekaan mereka. Seolah-olah kita tidak akan mampu lagi hidup tanpa semua kecanggihan zaman ini. Mereka kini berada selangkah lagi kepada fasa terakhir penipuan mereka dengan bantuan seluruh umat manusia yang telah diperbodohkan zaman ini.
Maka setelah tibanya zaman teknologi sudah tidak berfungsi lagi, dunia semakin dihimpit kesusahan, mereka(penyembah syaitan) bahkan syaitan dan dajjal akan keluar melebarkan sayap kekufuran kepada manusia yang semakin tiada pilihan ketika itu. Mati dengan bertuhankan Allah, ataupun menjual diri kepada kesyirikan lantaran pilihan mati yang diberikan oleh mereka ketika itu.
Mungkin pada ketika ini kita tidak merasakan apa-apa, bahkan merasakan fitnah dajjal itu nanti tidak akan memberikan sebarang impak kepada kita ataupun iman kita, namun sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah dan meyakini kitabNya dan pesanan-pesanan oleh rasul utusanNya, sedarkah kita bahawa fitnah paling besar adalah fitnah daripada penyelamat palsu Al-Masih Dajjal ini. Pada hari beliau dikeluarkan kelak mampukah kita mempertahankan diri kita dari serangan kesyirikan yang akan ditaburkan kelak?
No comments:
Post a Comment