Monday, June 21, 2010

KETAMADUNAN PENJAJAH SUATU PENIPUAN


Bayangkan segala kecanggihan zaman ini putus begitu sahaja. Bayangkan sistem eletrik kita sudah tidak lagi berfungsi. Tiada lagi penyaman udara dan peti sejuk yang berfungsi. Tiada lagi stesen-stesen pam minyak yang beroperasi bahkan kenderaan bermotor bukan lagi berfungsi sebagai kenderaan, hanya hiasan ditepi jalan. Tiada lagi lampu dimalam hari dan semuanya gelap gelita tanpa ketamadunan.


Pernahkah kita semua terfikir apa akan terjadi sekiranya semua kemudahan yang kita miliki hari ini terhapus suatu hari kelak? Dan semua dunia ilusi rekaan zionis ini hilang lenyap secara tiba-tiba? Dapatkah kita abertahan tanpa kereta mewah kita? tanpa bekalan eletrik? tanpa supermarket untuk kita membeli barang-barang keperluan harian? Tanpa kelab-kelab malam atau rancangan kegemaran kita dihujung minggu? Dapatkah kita teruskan hidup kita dengan kembali kepada fitrah asal kita. Fikirkanlah dimana kedudukan kita. Masing-masing kita telah dihapuskan kemampuan survival kita dengan kecanggihan dunia zaman moden yang diberi nama "ketamadunan" ini.

Tidak kira siapapun, kita manusia pada hakikatnya hari ini sedang berlumba-lumba menjadi juara dalam dunia ketamadunan rekaan penyembah syaitan hari ini. Kita semakin lari dari fitrah asal kita. Manusia semakin malas dan bodoh. Kita dilatih untuk menjadi sombong dan bongkak dengan ketamadunan. Semakin besar rumah dan kereta, semakin bertamadunlah kononnya manusia dizaman ini. Apa yang kita tahu mengenai kehidupan hanyalah apa yang diajarkan kepada kita oleh penyembah-penyembah syaitan ini. Semuanya berkiblatkan barat. Semuanya mengamalkan sistem kapitalis yang sangat keji. Dengan memiliki kereta-kereta mewah dan bergaji ribuan sebulan, kita merasakan semuanya adalah 'ok' dan kita tidak melakukan apa-apa kesalahan padahal jika diteliti, ternyata terdapat majoriti manusia yang masih tiada tempat untuk berteduh, tiada bekalan air bersih, bahkan tiada pakaian untuk ditukar hari-hari sebagai akibat penyertaan kita dalam dunia kapitalis rekaan zionis ini.


Sebenarnya apa yang wujud dizaman yang kita pangggil bertamadun ini hanyalah sebuah dunia ilusi rekaan penyembah syaitan yang bertujuan melemahkan institusi sosial dan sistem
survival manusia, supaya kita semua dengan mudahnya akan dapat dikawal dan diperhambakan kerana hilang kebergantungan terhadap kemajuan zaman ini suatu hari kelak. Inilah motifnya temadun yang disediakan oleh mereka hari ini.

Percayalah semua bahawa masanya akan tiba dimana semua kesenangan dunia rekaan zionis yang sedang kita nikmati ini akan lenyap, kerana mereka tidak bertujuan memudahkan kehidupan manusia. Jauh sekali dalam hati mereka mempunyai niat semurni itu..

Bahkan setelah manusia seluruhnya telah bergantung sepenuhnya kepada mereka, maka dengan mudahnya mereka akan menarik balik semua kemudahan ini dengan tujuan memanipulasi dan menguasai manusia yang telah lemah tanpa bekalan "tamadun" dari mereka lagi.


Maka ketika itulah mereka melebarkan lagi sayap kesombongan mereka dengan menyebarkan penipuan-penipuan yang bertujuan melupakan manusia terhadap tuhan. Kita sudah terbiasa bertawakkal dengan sistem penyembah sekarang dan begitulah juga halnya setelah ketamadunan rekaan mereka ini ditarik balik. Seperti contoh untuk mendapatkan seteguk air bersih ketika itu manusia mungkin akan dipaksa perlu membayar sebuah harga kesyirikan yang besar kepada tuhan dan mengikut telunjuk mereka kerana kebiasaan amalan kita hari ini iaitu, bergantung dengan sistem mereka.

Sebenarnya motif mereka ialah membiasakan manusia secara perlahan untuk mengikut telunjuk sekular mereka dan mengawal tiap-tiap manusia itu sendiri. Kita semua sebenarnya sedang diperhambakan oleh sistem keji penyembah syaitan ini yang diberi nama ketamadunan.


Ini semua berlaku kerana kita masing-masing menyertai dunia ilusi rekaan penyembah-penyembah syaitan ini. Dari sekecil-kecil seperti cara berpakaian sehinggalah kepada urusan pentadbiran negara, semuanya berkiblatkan penyembah syaitan ini. Dimanakah segala kekuatan kita? Mengapakah begitu mudah kita diperbodohkan oleh mereka dan secara tidak sengaja menyertai dunia keji rekaan mereka? Ya, mereka telah berjaya dengan sangat-sangat dahsyat mensekularkan kita dan melarikan panduan agama dalam setiap episod perjalanan hidup kita.

Mungkin inilah maksud hadis nabi junjungan kita mengenai penguasaan mereka hampir secara total terhadap kita di akhir zaman ini :

“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI” [Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]

Hakikatnya semakin hampir masanya mereka akan menjalankan misi mencabut semua ketamadunan dan dunia ilusi rekaan mereka ini dari hidup kita. Lihatlah sekeliling kita, seluruh umat manusia sedang sangat-sangat bergantung dengan dunia tamadun rekaan mereka. Seolah-olah kita tidak akan mampu lagi hidup tanpa semua kecanggihan zaman ini. Mereka kini berada selangkah lagi kepada fasa terakhir penipuan mereka dengan bantuan seluruh umat manusia yang telah diperbodohkan zaman ini.

Maka setelah tibanya zaman teknologi sudah tidak berfungsi lagi, dunia semakin dihimpit kesusahan, mereka(penyembah syaitan) bahkan syaitan dan dajjal akan keluar melebarkan sayap kekufuran kepada manusia yang semakin tiada pilihan ketika itu. Mati dengan bertuhankan Allah, ataupun menjual diri kepada kesyirikan lantaran pilihan mati yang diberikan oleh mereka ketika itu.

Mungkin pada ketika ini kita tidak merasakan apa-apa, bahkan merasakan fitnah dajjal itu nanti tidak akan memberikan sebarang impak kepada kita ataupun iman kita, namun sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah dan meyakini kitabNya dan pesanan-pesanan oleh rasul utusanNya, sedarkah kita bahawa fitnah paling besar adalah fitnah daripada penyelamat palsu Al-Masih Dajjal ini. Pada hari beliau dikeluarkan kelak mampukah kita mempertahankan diri kita dari serangan kesyirikan yang akan ditaburkan kelak?


Saturday, June 12, 2010

UFO DAN ALIEN

Fenomena UFO (unidentified flying object) yang berterbangan di ruang angkasa bukanlah petunjuk kepada kehadiran makhluk asing, tetapi ianya sengaja diwujudkan dalam keadaan sedemikian bagi meledakkan pemikiran manusia ke arah mempersoalkan kewujudan Allah, iaitu Tuhan Maha Satu.


Sejak fenomena UFO mula tersebar di kalangan masyarakat umum, bahkan kita semua telah diperkenalkan dengan UFO sejak kecil lagi. Dari siaran rancangan kanak2 hinggalah ke filem-filewm hollywood, bahkan sidang akhbar dan media juga tidak terlepas dari menyebarkan propaganda ini. Maka ramai yang mula membuat kajian mengenai dari mana datangnya dan dari mana asalnya objek terbang tersebut. Tidak kurang juga yang membuat teori dan tanggapan bahawa objek UFO tersebut datang dari galaksi berbeza atau lebih tepat, ia adalah dakwaan terhadap kebarangkalian wujud makhluk asing.

Mereka mahu kita percaya UFO dan makhluk asing wujud kerana itulah yang mereka mahu kita percaya.

Sebenarnya, ia sengaja diwujudkan oleh sekutu Zionis untuk menggerakkan usaha kajian para saintis dan para ahli kaji bintang terhadap kemungkinan kewujudannya dan galakan terhadap mempercayai sains dengan menolak elemen ketuhanan adalah motif utama. Maka timbul dakwaan di kalangan ‘the UFO believers’ yang sudah terpengaruh dengan perancangan halus ini dengan mengatakan bahawa Kerajaan Amerika sengaja menutup dan merahsiakan kebenaran terhadap kewujudan mahluk asing.


Ahli fizik dan jurutera aeronotik berbangsa Bulgaria, Vladimir Terziski dalam kajiannya mendedahkan, pihak Nazi menyimpan rahsia terhadap senjata sulit berbentuk seperti cakera terbang anti-graviti yang mampu mencapai kelajuan 1200 batu dalam hanya satu jam yang dibangunkan pada tahun 1939. Terziski turut menjelaskan bahawa terdapat satu lagi prototaip piring terbang dilengkapi senjata laser milik Nazi yang mampu mencapai kelajuan 2500 batu sejam dan dibina pada sekitar tahun 1941 iaitu ketika dunia berada di ambang Perang Dunia Kedua.

Jurutera Bulgaria itu melalui pendedahan kontroversi turut mendedahkan bahawa prototaip jentera terbang anti-graviti yang dijadual dibina pada 1941 tersebut kemudian dibangunkan untuk proses upgrade oleh pihak Amerika selepas tamat Perang Dunia Kedua. Prototaip itu kemudian dibawa ke Amerika dan menjadi asas kepada penciptaan lebih banyak senjata dan jentera perang yang canggih. Pada masa yang sama turut mencipta ‘spy probe’ berbentuk seperti UFO untuk tujuan intipan.


Teknologi ini sudah berkembang di Amerika sejak akhir 1940-an. Malah, Terziski turut mengaitkan pembinaan prototaip piring terbang di Jerman itu mempunyai pertalian dengan satu gerakan sulit di negara itu, iaitu Vril Society yang turut dianggotai Hitler. Vril Society dikatakan menyediakan dana melalui ‘hidden financial group’ yang menyediakan dana kewangan dari sumber yang tidak diketahui bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan piring terbang bagi kegunaan perang.

Fasa pengujian prototaip tersebut yang bermula pada 1934 bagaimanapun terhenti apabila isu holocaust mula tersebar di Eropah, penyebaran isu itu menyebabkan pihak Nazi terpaksa menggunakan segala dana kewangan bagi membaiyai usaha menjadikan peristiwa holocaust tampak benar, menjadikan ia kelihatan benar-benar dahsyat untuk mewujudkan kesan simpati masyarakat Eropah terhadap bangsa Yahudi yang membawa kepada kesudahan penubuhan negara Israel. Kesannya, proses penyelidikan dan naik taraf terhadap prototaip UFO terhenti disebabkan kekurangan dana (atau Jerman hanya ditugaskan untuk membangunkan prototaip sahaja) dan kerja upgrade terhadap UFO kemudian disambung oleh Amerika sebaik tamat Perang Dunia Kedua.

Namun, teori konspirasi yang dibuat oleh kebanyakan pihak yang mengatakan bahawa UFO yang kerap dilihat di ruang angkasa adalah senjata ciptaan Jerman dan Amerika mula dinafikan oleh Amerika sendiri. Maka, timbul satu penjelasan di kalangan ahli kaji sejarah di Amerika yang menjelaskan bahawa UFO dan makhluk asing telah wujud sejak zaman awal sejarah lagi. Ia adalah usaha untuk menafikan penglibatan Amerika dan Jerman dalam projek pembinaan senjata rahsia.

ILLUMINATI DAN UFO

Motif mewujudkan fenomena UFO dengan makhluk asing dibuat secara sengaja bagi membolehkan golongan penyembah Dajjal(freemason) ini merencana rancangan yang lebih besar. Menurut satu sumber yang dipetik dari seorang penulis teori konspirasi Fritz Springmeir, beliau mendedahkan pendedahan yang dibuat Albert Pike (bekas pengikut Illuminati) mengenai rancangan UFO, rancangan itu sengaja dibuat dan akan direalisasikan dengan memperlihatkan kehadiran ribuan UFO ‘menjajah’ dunia pada satu ketika nanti dan memusnahkan medan magnetik bumi.

Pada ketika itu juga, keadaan dunia digambarkan akan menjadi huru-hara sehingga menjejaskan segala sumber tenaga. Ia terus membawa kepada lupusnya semua sumber tenaga dan memaksa manusia hidup seperti ketika zaman dahulu kala akibat peralatan canggih yang menjadi kebergantungan manusia sudah tidak berfungsi lagi. Manusia pula akan hilang daya berdikari kerana ketiadaan mesin canggih yang pernah digunakan sebelum semua tenaga elektrik lupus. Manusia pula digambarkan akan berperang dengan makhluk asing (atau jelmaan syaitan?).

Pada masa itulah manusia amat bergantung harap kepada seorang penyelamat (Dajjal) yang terlebih dahulu mahu melihat semua manusia bersatu (New World Order) untuk menentang makhluk asing. Ia tidak ubah seperti babak dalam filem Independence Day. Dan melalui perancangan itu juga, selepas makhluk asing berjaya dikalahkan, dunia akan kelihatan tidak ubah seperti Zaman Pertengahan di mana tiada bekalan elektrik dan peralatan canggih akibat kesan kemusnahan peperangan dengan makhluk asing. Senjata perang seperti senapang dan meriam juga sudah tidak berfungsi akibat kerosakan yang berlaku di kawasan magnetik bumi disebabkan ‘serangan UFO’. Pada masa itu juga, hero yang menyelamatkan dunia (Dajjal) akan diagung-agungkan oleh manusia kerana keperwiraan dan kepintarannya, dan Dajjal akan menjadikan manusia-manusia ini sebagai orang suruhannya (angkatan tentera) yang berada di bawah pemerintahannya. Dan sebagai persiapan merekrut angkatan tentera baru yang kononnya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan serangan kedua oleh makhluk asing. Walhal, ia adalah persediaan melengkapkan angkatan tentera untuk memerangi al-Mahdi dan Isa al-Masih ketika perang akhir zaman. (Allah lebih mengetahui segala rahsia di langit dan juga di bumi)

Agenda UFO digerakkan secara halus untuk memerangkap manusia supaya mempercayai kewujudan makhluk asing. Mempercayai makhluk asing juga akan menjerumuskan manusia kepada mempersoalkan kewujudan Tuhan dan mempersoalkan bahawa ‘jika benar makhluk asing wujud, tuhan mana yang makhluk asing itu sembah?’ ATAU ‘jika makhluk asing itu tidak menyembah Tuhan, maka wujudkah Tuhan?’ ATAU ‘jika benar Tuhan wujud, mengapa tuhan tidak menceritakan mengenai makhluk asing melalui para nabi-nabi?’ DAN banyak lagi persoalan yang cuba disogok oleh Yahudi untuk menjadikan manusia ragu-ragu terhadap kewujudan Allah. Usaha menjadikan manusia percaya terhadap makhluk asing ini sentiasa disogok Hollywood melalui cereka sains fiksyen angkasa lepas. Dan, pada masa yang sama Kerajaan Amerika bermain wayang menafikan kewujudan makhluk asing bagi menampakkan seolah-olah mereka menutup rahsia mengenai penemuan UFO dan makhluk asing. Ia adalah satu sistem untuk memaksa kita mempersoal kerajaan Amerika yang dilihat seolah menutup rahsia UFO, dan menjadikan kita percaya kepada kewujudan makhluk asing secara tidak langsung hasil daripada pertikaian yang timbul akibat mempersoalkan hal kerahsiaan kerajaan Amerika.

AREA 51 dan UFO

AREA 51 ialah satu nama yang digunakan dalam pegawai dokumen-dokumen CIA (sekurang-kurangnya semenjak 1967 untuk satu pangkalan tentera yang terletak dalam bahagian selatan Nevada dalam Amerika Syarikat kebaratan, 83 batu (133 km) utara barat laut pusat bandar Las Vegas. Terletak di pusatnya, pada pantai selatan Groom Lake, satu lapangan terbang ketenteraan yang penuh dengan rahsia. Tujuanutama asas adalah bagi menyokong pembangunan dan ujian kapal terbang eksperimen dan sistem senjata.


AREA 51 telah digunakan untuk amalan pengeboman dan artilerisemasa WW2 tetapi kemudian ditinggalkan hingga April 1955, apabila ia telah terpilih oleh Lockheed pasukan Skunk Works sebagai kedudukan unggul untuk menguji akan kapal terbang pengintip yang sedang dijalankan. Kawasan sekeliling AREA 51 selama-lamanya tidak dibenarkan dimasuki oleh kedua-dua untuk orang awam dan trafik udara ketenteraan normal. Stesen-stesen radar melindungi kawasan, dan kakitangan tanpa kebenaran dengan cepat akan disingkirkan. Pengawal pengawal keselamatan dalam jip ronda akan mengawasi sekitar kawasan ini dan anda tidak akan mendapat mana-mana akses untuk menghampiri kawasan ini. Bahkan kawasan ini turut dilengkapi dengan sistem keselamatan secara kawalan satelit. Kerana kerahsiaan kerajaan yang melampau terhadap area 51 ini, Area 51 untuk menjadi satu tumpuan UFO moden dan teori-teori pengkomplotan.


Pekerja-pekerja di kawasan ini perlu untuk memasuki kerja dan walau bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan memandu kereta-kereta mereka dalam, jadi mereka ambil sebuah bas yang disediakan khas. Dengan tingkap-tingkap bas yang ditutup gelap , sebuah bas putih mengesan sekumpulan orang di satu tanda yang mengiklan lebuh raya Extraterrestrial (375, mengenai beribu-ribu laporan-laporan UFO di lebuh raya ini, Area-51 ialah betul dari lebuh raya ini juga) dan mengambil dan membawa mereka ke area 51 ini. Namun kini pengangkutan utama ke kawasan ini adalah dengan menaiki kapal terbang kerana jumlah pekerja mereka yang semakin ramai.


Mereka benar-benar berusaha untuk menjadikan kehidupan didunia menjadi sangat sukar. Bersedialah semua wahai manusia menghadapi ujian akhir zaman yang paling dasyhat tidak lama lagi. Semoga Allah menyelamatkan kita dari ujian akhir zaman ini.

Thursday, June 10, 2010

DADAH BERBAHAYA

Pernahkah kita terfikir bagaimana dadah sintetik yang perlu dihasilkan secara makmal, seperti ecstasy, kokain, shabu, dll boleh wujud di SELURUH DUNIA dan bekalan dadah ini tidak putus-putus? Adakah ianya secara kebetulan terdapat organisasi berasingan di semua negara didunia menghasilkan dadah-dadah berbahaya yang sama?

Saya rasa pembaca tahu akan jawapannya. Dadah-dadah berbahaya ini tidak lain adalah sengaja diedarkan secara sengaja dan berterusan oleh golongan freemason ini dengan tujuan asal mereka iaitu menghancurkan kesejahteraan manusia serta merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial seluruh manusia/ dengan erti kata lain-menyesatkan manusia seteruk mungkin.

Freemason membiayai pengedar-pengedar dadah didunia dan kerana inilah gangsterism wujud hampir diseluruh dunia dengan nama yang pelbagai seperti di Jepun mereka dipanggil Yakuza, di sekitar eropah dikenali sebagai Mafia, dan begitu juga diseluruh dunia yang lain termasuk di tanah airku. Organisasi-organisasi gangsterisme ini memonopoli kehidupan "underground" dan merekalah yang bertanggungjawab terhadap semua masalah sosial di dunia kerana merekalah sebenarnya dalang yang mempengaruhi dan mempromsoikan anak-anak muda kita dengan hiburan seperti dadah, arak, pelacuran dll.

Mungkinkah mereka ini ditangkap? Jawapannya mustahil perkara ini akan berlaku. Organisasi-organisasi ini dibiayai oleh freemason dan kita tahu bagaimana freemason telah berkuasa didalam dunia kita. Bahkan kita sendiri sedang dikawal oleh mereka tanpa kita sedari. Maka kerana inilah mustahil kita akan membaca tajuk akhbar seperti "KETUA MAFIA DITANGKAP" dan inilah yang berlaku diseluruh dunia, memaksa anak-anak kamu terjerumus kedalam bahaya dadah tanpa disedari, dan akhirnya berakhir dengan kesudahan yang menakutkan.

Oleh sebab inilah perang terhadap dadah yang sedang diuar-uarkan seperti di barat(DRUG WAR) ataupun di negara kita sendiri(NEGARA BEBAS DADAH), TIDAK AKAN TERCAPAI SAMA SEKALI.

Ini kerana yang ditangkap oleh pihak berkuasa ialah anak-anak muda kita, yang terlibat mungkin secara tidak sengaja, atau faktor2 lain, dan mereka bukannya "mastermind" atau "kepala" kepada pengedaran dadah di negara kita. Inilah permainan yang sedang freemason perbodohkan kita. Kita sebenarnya sedang menjayakan tujuan asal mereka. Mereka (freemason) menyediakan masalah sosial di negara kita dengan dadah, dan kemudian mereka mencipta penyelesaian dengan cara penguatkuasaan undang-undang mereka yang harus dipatuhi, yang mana sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah ini, tetapi bertujuan menutup mata dan melupakan manusia terhadap asal-usul serta punca wujudnya masalah ini tadi . Bukan sahaja anak-anak muda kita yang teresat dan ditipu dalam isu ini, bahkan golongan tua serta pihak berkuasa terlibat sama ditipu kerana menjayakan program mereka. Kita sebenarnya sedang bermain "kejar-kejar" diantara kita dengan ideologi keji daripada freemason yang manapun kesudahannya tidak akan pernah memihak kepada kita.

Kita terus ditipu ditipu dan ditipu. Lihatlah berapa banyak kes hukuman bunuh mandatori yang dilaporkan dalam media massa dari hari ke hari atas nama UNDANG-UNDANG. Teramat menyedihkan. Kita sebenarnya sedang membunuh bangsa kita sendiri. Kita sebenarnya sedang membuat penyembah syaitan ini ketawa riang. Alangkah bodohnya kita.

Tetapi setelah kita bunuh anak bangsa kita atas nama undang-undang, bekalan dadah tidak pula putus, bahkan bertambah dan semakin bertambah dari hari ke hari, sesuai dengan populasi manusia yang semakin meningkat. Adakah ini suatu kebetulan? Bodohnya jika kita masih berfikir dengan cara yang sama. Bodohlah jika kita masih menyalahkan penagih dadah dan bukannya pembekal dadah.

Lihatlah sendiri kesan akibat daripada kita mengambil hukum undang-undang dari bukan Islam. Ianya tidak pernah menyelesaikan masalah ini, bahkan membuka masalah baru yang akhirnya tidak pernah memihak kepada kita. Semakin kita berkiblatkan mereka, semakin hilanglah fungsi agama dalam institusi sosial kita. Allah berfirman dalam AlQuran berkenaan larangan menghukum dengan undang-undang selain dari undang-undang yang telah ditetapkannya.

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].

Kerana itulah USA memiliki terlalu banyak rahsia kerajaan yang amat diragui. Mereka juga mempunyai pertubuhan kepolisan undang-undang yang terlalu banyak dan berbeza level seperti CIA, INTERPOL, FBI, DEA dll yang kita tahu tujuannya adalah untuk agenda keji mereka. Menguasai dan memanipulasi organisasi seluruh manusia didunia ini. Dan begitu juga merekalah yang berkuasa terhadap undang-undang internasional yang telah kita dan satu dunia iktiraf kekuasaan mereka. Sungguh jelek perbuatan kita mengambil hukum selain dari undang-undang yang menciptakan alam semesta ini.

Pernah kapal terbang kebangsaan Amerika yang didaftarkan atas nama kerajaan dan CIA, mempunyai beberapa kes kapal terbang ini terhempas dan apa yang ditemui didalamnya dadah yang dipercayai sedang diedarkan ke negara lain. Contohnya pada 2007 di Yucatan dimana 3.2 tan kokain ditemui didalam kapal tebang yang didaftarkan atas nama CIA. Mungkin ini antara contoh yang diketahui, dan mungkin terdapat lebih banyak dadah yang telah diedarkan yang tidak diketahui umum.



“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

Sunday, May 30, 2010

010 PENYAKIT DAN UBAT-UBATAN SINTETIK


Pernahkah kita terfikir akan punca-punca peningkatan penyakit-penyakit berbahaya di dunia ini? Dan adakah benarkah ubat-ubatan sintetik buatan makmal yang disediakan oleh hospital benar-benar selamat?

Sebenarnya punca peningkatan penyakit didunia ini adalah disebabkan kita sendiri. Ianya sebenarnya adalah kesan daripada kadar tindakbalas bahan-bahan kimia didunia yang semakin tinggi disebabkan oleh aktiviti manusia yang dikenali sebagai tamadun. Bahan-bahan kimia dan toksik-toksik semakin banyak dan berkadar langsung dengan pertumbuhan kilang-kilang yang menggunakan bahan-bahan kimia. Secara tidak langsung, ini telah mendedahkan kita kepada dunia yang dipenuhi dengan kesan dari tindakbalas banyak bahan-bahan kimia.

Namun fokus post kali ini adalah merujuk kepada penyakit-penyakit serta ubat-ubatan yang diesediakan oleh golongan freemason, yang bertujuan untuk menghancurkan populasi manusia seluruh dunia seperti yang dibincangkan dalam post sebelum ini.

Kajian telah membawa kepada kesimpulan bahawa penyakit HIV adalah rekaan mereka. Penyakit AIDS itu wujud. tetapi ia bukanlah disebabkan oleh virus HIV. Inilah faktanya. AIDS itu adalah satu keadaan dimana badan kita mengalami penurunan antibodi dengan teruk dan gagal melawan sebarang penyakit walaupun luka yg kecil. Tetapi, apakah yang menyebabkan orang yang mendapat penyakit AIDS mati? Ianya direka khas untuk mengurangkan tahap antibodi manusia dalam badan dan membawa kepada serangan penyakit yang membawa maut kerana tiada daya tahan kepada penyakit yang telah dilumpuhkan oleh virus HIV ini. Pada asalnya sasaran penyakit HIV ini adalah untuk mengurangkan populasi kaum kulit hitam terutama di Afrika.
Ramai saintis yang tahu pasal penipuan HIV telah dinafikan hak bersuara. mereka ada yang telah mencipta pelbagai alat dan ubatan yang mampu menyembuhkan AIDS semuanya telah di halang habis-habisan oleh kerajaan. Di India juga banyak ubat tradisional yang mampu mengubati AIDS. Bahkan di Amerika, Ramai orang sudah mengetahui tentang hal ini. mereka mendesak kerajaan membetulkannya. Tapi disebabkan pemimpin mereka adalah Freemason, maka maklumat kebenaran akan terus dihalang.

Inilah salah satu dari agenda menguasai dunia oleh Freemason dan Illuminati. Selain dari bisnes produk makanan dan pakaian, ubatan juga adalah bisnes mereka. Mereka bukan saja mahu menguasai ekonomi dari segi kewangan tetapi menguasai nyawa manusia itu sendiri.

Mereka dah menyuntik ubat ke badan kita sejak kita bayi lagi dan kita percaya ubat sakit itu dan ini. Mungkin disebabkan ubat itulah kita mendapat sakit macam-macam apabila dewasa sekarang. Dunia kita kiri dan kanan dipenuhi penyakit dan orang sakit zaman ini. Mereka sudah plan untuk bisnes jangka panjang untuk menjual ubat kepada kita. kelak Kita sebenarnya sudah dikawal sepenuhnya tanpa disedari.

Konsep mereka mudah. mereka mencipta virus, dan mereka akan cipta ubatnya. Samalah seperti komputer. Sudah pastilah orang yang mencipta anti-virus itu sendiri yang mencipta virus..semua orang tahu perkara ini ..

Sampailah hari ini, selsema burung, H1n1 dicipta dan diciptakan vaksinnya sekali. Kedua-duanya adalah bahan yang sangat berbahaya yang mempunyai tujuan yang sama. Sila rujuk video ini untuk melihat kesan sampingan vaksin H1N1 yang dialami oleh seorang pesakit di Amerika.

http://www.youtube.com/watch?v=QG5pj_TWJ6o

Sebelum ini mereka turut menghasilkan selsema burung pada sekitar tahun 1918, dimana kadar kematian disebabkan penyakit ini amatlah tinggi. Manakala kadar kematian akibat vaksin yang dikeluarkan untuk penyakit ini ketika itu dianggarkan mencecah 50juta manusia. Dan tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku lagi suatu masa kelak. Tiada siapa akan menyedari pembunuhan beramai-ramai ini kerana secara fakta yang dikeluarkan, pesakit-pesakit ini perlu diberikan rawatan kerana dijangkiti selsema burung yang berbahaya.

Hospital sebenarnya adalah satu institusi BISNES. Menjual ubatan. Dan kebanyakan ubat-ubatan mereka hanyalah bertindak sebagai 'pain killer' ataupun 'tahan sakit'. Pesakit tidak diberikan 'penyembuh' kerana mereka tidak mahukan manusia bebas dan sembuh dari penyakit. Kita tahu bahawa ubat kebanyakannya adalah dadah dan ada juga candu. Ubat itu hanya memadamkan isyarat otak yang merasa sakit supaya berhenti merasakannya. Ia bukanlah menyembuhkan penyakit.

Itulah sebabnya ubat-ubat alternatif sering tidak diiktiraf kerajaan. Dikatakan tidak mengikut standard 'kementerian kesihatan'. Saya pasti anda sudah mengetahui sebabnya. Ya. mereka mengawal kesihatan kita. Sebenarnya, banyak ubat alternatif yang terbukti berkesan menyembuhkan sakit. Tetapi ia tidak diiktiraf. Ini adalah salah satu cara pengawalan minda agar hanya fokus kepada ubat-ubatan yang dikeluarkan oleh "mereka". Hanya ubat-ubatan sintetik tertentu sahaja yang dibenarkan untuk digunakan. Sedangkan kita tahu hampir semua ubat sintetik mempunyai kesan sampingan.

Inilah sebabnya mengapa orang-orang tua kita selalu memberitahu dizaman mereka tidak ramai pesakit yang mengunjungi hospital. Ini adalah kerana tahap kesihatan mereka yang jauh lebih baik berbanding di zaman kita. Mereka tidak mengambil ubat-ubatan makmal yang penuh dengan bahan kimia sintetik. Mereka hanya mengambil ubat-ubatan alternatif yang disediakan oleh tuhan secara semulajadi di atas muka bumi ini. Dan kemudian datang para penjajah yang mengubah fahaman kita tentang ubat-ubatan secara perlahan-lahan, sehinggalah di zaman ini ubat-ubatan kita haruslah diiktiraf oleh mereka sebelum digunakan oleh kita. Bijak sungguh mereka mengawal kita dalam semua perkara.

Sebab jika ubat alternatif berjaya menyembuhkan penyakit, tentulah orang ramai tidak akan mengambil ubat doktor lagi. Maka hospital tidak boleh BISNES. ubat mereka takkan laku. Ubat hospital kebanyakkan hanyalah menahan sakit saja. Memang ubat sengaja dicipta sedemikian untuk membolehkan orang terus mengambil ubat dari mereka.. tak sembuh-sembuh. Ini semua BISNES.

Maka, ramai orang yang mati adalah akibat kesan jangka panjang akibat makan ubat. Bukan akibat sakit.

Adakah anda kenal pertubuhan dunia yang mengawal bidang kesihatan dunia ini? Pertubuhan yang memberi nasihat kepada dunia untuk jenis-jenis vaksin yang perlu diambil oleh manusia. Dan pertubuhan yang mengiktiraf ubat-ubatan yang berada di farmasi dan hospital sekarang? Mereka adalah pertubuhan yang diberi nama WORLD HEALTH ORGANIZATION(WHO). Perhatikan logo pertubuhan ini dan anda akan jelas terdapat simbol yang tidak ada kaitan dengan kesihatan dan banyak dimiliki oleh pertubuhan-pertubuhan illuminati dan ini menunjukkan bahawa mereka turut terlibat sama dengan gerakan illuminati.
Jelas bukan pertubuhan kesihatan ini menggunakan simbol ULAR. Sungguh tidak logik dan tiada kaitan dengan kesihatan.

Sekadar berkongsi- pernahkah kita terfikir akan persamaan lambang hospital-palang merah dan salib?. kerana hospital dahulu asalnya adalah gereja. sekitar 1920'an. kenapa? bukankah kristian itu sendiri adalah agama yang terseleweng dan penipuan Luciferian yang menyembah syaitan? ... pada pendapat saya, dari dulu lagi mereka sudah merancang semua agenda menipu ini.








Saturday, May 22, 2010

009 NEW WORLD ORDER DAN 2012

Kiamat akan berlaku dan tiada sesiapa yang tahu dengan tepat bila akan tibanya kiamat kecuali Allah s.w.t yang menciptakan langit dan bumi ini. Namun ura-ura kiamat akan berlaku pada 2012? Itu hanyalah propaganda Yahudi dan Nasrani yang mahu menyesatkan umat Islam dengan kiamat akan berlaku pada 2012. Mungkin akan terjadi sesuatu pada 2012, tetapi ia bukan kiamat.

Jika mengikut kitaran matahari(kerana golongan penyembah syaitan turut melakukan ritual secara besar-besaran setiap satu kitaran), yang akan berlaku setiap 11 tahun, kita akan mendapati turutan tahun-tahun yang penting kepada dunia. Pertamanya, pada 9/11/1990 (Sun Cycle). Pada tarikh ini, kita telah menyaksikan Presiden US ketika itu iaitu George H Bush (Atuk George W Bush) telah mengumumkan tentang pelan New World Order (NWO) . Dalam ucapannya, dia telah berkata:

... We stand today at a unique and extraordinary moment. The crisis in the Persian Gulf, as grave as it is, also offers a rare opportunity to move toward an historic period of cooperation. Out of these troubled times, our fifth objective -- a new world order -- can emerge: a new era -- free from the threat of terror, stronger in the pursuit of justice, and more secure in the quest for peace. ...

Dan genap 11 tahun selepas itu, iaitu pada Sun Cycle seterusnya (9/11/2001). 2 kapal terbang telah melanggar World Trade Center (WTC) dan seterusnya telah mengorbankan ribuan nyawa manusia.

1990+11= 2001

2001+11= 2012 ???

Kebetulan atau segalanya sudah dirancang?

Mengikut Leo Zagami(ex 33rd degree scottish rite yang bertaubat dan masuk Islam), pada 2012 Illuminati/Freemason akan melakukan pembunuhan besar-besaran ke atas umat Islam seluruh dunia dan permulaannya pada awal 2010 Dan Obama telah menghantar pasukan tambahan seramai 30, 000 ke Afghanistan baru-baru ini. Apa yang berlaku sebenarnya pada 2012 ini ialah golongan penyembah syaitan ini akan memperkenalkan suatu era pemerintahan dunia secara sekular yang diberi nama "PENTADBIRAN DUNIA BARU" atau lebih dikenali sebagai ‘NEW WORLD ORDER'.

Objektif golongan ini adalah untuk menguasai setiap orang yang berada di atas muka bumi ini secara menyeluruh dan untuk itu, mereka akan mengurangkan populasi pendudukan manusia di bumi supaya setiap pergerakan dan perlakuan seseorang individu itu mudah untuk dikawal.

Maka apa yang jelas mereka akan melakukan pembunuhan beramai-ramai pada 2012(terutama orang islam). Konspirasi untuk mengurangi populasi dunia sehingga dunia ini hanya dihuni oleh 500 juta manusia. Hal ini bererti pengurangan sekitar 93% penduduk dunia. Mereka kemudian akan menutup kejahatan mereka ini dengan penipuan(seperti yang selalu berlaku), namun penipuan kali ini amatlah terancang dan sangatlah berteknologi tinggi kerana usaha untuk mencapai matlamat 2012 ini telah dirangka dengan sangat halus sejak berpuluh tahun lalu.

Mahukah pembaca tahu apakah penipuan yang akan disebarkan untuk membunuh sejumlah besar populasi dunia nanti? Ianya adalah dengan membuat seolah-olah bumi telah diserang mahluk asing. Ya, inilah realitinya dan kerana inilah mereka telah memperkenalkan UFO dan ALIEN kepada kita sejak kecil lagi। Masanya semakin hampir untuk mereka melahirkan apa yang mereka telah perkenalkan ini. Mereka akan membunuh populasi manusia pada jumlah yang sangat tinggi seperti yang berlaku dalam filem-filem HOLLYWOOD apabila bumi diserang mahluk asing.

Maka dengan penipuan inilah mereka kemudiannya akan berlakon untuk menjadi "hero" dan menentang pencerobohan bumi oleh mahluk asing ini dengan tujuan untuk mendapatkan kepercayaan dunia supaya terus menyokong mereka. Disaat-saat genting ketika bumi diserang inilah mereka akan meluaskan cita-cita mereka iaitu PENTADBIRAN SATU DUNIA(NEW WORLD ORDER) yang telah lama digembar-gemburkan oleh mereka. Maka dengan berlakon seperti 'hero' inilah dengan mudahnya mereka akan mendapat persetujuan dunia yang sedang ketakutan kerana diserang angkasa lepas untuk menjayakan NEW WORLD ORDER. Ianya seolah-olah satu pemerintahan yang memberi jaminan kepada keselamatan manusia dari serangan angkasa lepas.

‘NEW WORLD ORDER' adalah satu pemerintahan atau lebih tepat penghambaan satu dunia yang didominasi oleh sebuah ‘kuasa' yang besar dan kuat terdiri daripada golongan elit atau lebih dikenali sebagai ILLUMINATI. Pemerintahan ini melibatkan hubungan pertalian kekeluargaan, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada orang-orang terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin politik, dan tidak terkecuali Black Nobility of Europe. Black Nobility of Europe ini didominasi oleh pemerintahan monarki. ‘NEW WORLD ORDER' ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama dirangka, dan pentadbiran baru ini akan mula ditonjolkan pada 2012.

Melalui pemahaman sihir oleh penyembah syaitan ini, mereka percaya untuk menguasai setiap manusia, mereka perlu untuk menimbulkan perasaan takut ke dalam diri masyarakat, jika mereka mahu dipatuhi. Perasaan takut ini adalah hasil daripada ‘hypnosis'. ‘Hypnosis'adalah satu praktis yang menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan yang mudah untuk di kawal dan akan bertindak mengikut arahan.

Mereka akan melakukan perubahan drastik pada tahun-tahun kedatangan 2012 dimana kondisi perekonomian yang sangat buruk akan berlaku yang akibatnya akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketingkat yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik yang sangat tegang pada tahun 2012.

Pada tahun 1957, satu symposium telah diadakan dalam usaha mereka membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya objektif dan matlamat NEW WORLD ORDER ini dapat membuahkan hasil. Daripada 3 usul yang dibangkitkan, 2 daripadanya telah diterima. Satu lagi usul tidak diterima kerana ianya melibatkan penggunaan senjata nuklear. 2 usul yang diterima untuk mengurangkan populasi manusia adalah melibatkan penyebaran pathogen penyakit-penyakit berbahaya, penggunaan ubat-ubatan dan penggunaan sebuah sistem keji yang dinamakan HAARP dimana sistem ini menggunakan prinsip resonan gelombang untuk menghasilkan getaran pada satu titik yang boleh mengakibatkan gempa bumi. Perkara ini akan dibincangkan dalam topik akan datang.

Berpegangkan kepada matlamat mereka untuk menguasai masyarakat dunia, mereka membina satu rangkaian bandar bawah tanah yang besar. Bandar ini berfungsi sebagai perlindungan kebal kepada golongan elit Illuminati, ahli politik dan tentera yang terpilih. Menurut sumber, sehingga bulan Mei 2001, terdapat 133 buah bandar bawah tanah yang sudah di bina Utara Amerika. Tujuan bandar bawah tanah ialah untuk menjadi benteng kebal untuk menempatkan "keluarga" mereka supaya apabila mereka menyebarkan penyakit-penyakit dan melakukan perang secara global, "keluarga" mereka akan terselamat dari semua malapetaka ini.

Secara kesimpulan yang awal, kita dapat melihat bahawa ‘pemerintahan dunia baru' ini, melibatkan sebuah organisasi elit yang berharta serta terlibat dengan upacara pemujaan selain daripada Tuhan, di samping berkuasa mengawal pentadbiran yang ada sekarang Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa pemerintah yang ada pada kala ini hanya sebagai ‘kerajaan boneka'.

Maka bersiap-sedialah wahai saudara-saudara ku. Dunia timur dan barat akan dikejutkan dengan "kisah dongeng" paling hebat dan kita akan bangun bersama mimpi buruk pada pagi sekitar DESEMBER 2012 dengan pentadbiran dunia sekular versi moden yang baru dan penuh dengan penipuan menuggu kita dikemudian hari.

Selamat menempuh dunia yang dipenuhi penipuan sebelum kedatangan penyelamat mereka, iaitu al-masih dajjal yang akan menyempurnakan segala kesesatan ini.

Friday, May 21, 2010

008 DUNIA ILUSI REKAAN DAJJAL


Sebuah projek gergasi sedang dirancang oleh golongan penyembah syaitan bahkan sejak dahulu lagi mereka telah merangka pelan-pelan untuk menjayakan projek ini. Bertemakan ideologi sekular, mereka menarik persetujuan dunia dunia sedikit demi sedikit untuk merealisasikan projek mereka ini, kerana tanpa sokongan masyarakat dunia, projek gilang-gemilang ini tidak akan berhasil.

Apakah projek ini? Kita akan bincangkannya sebentar lagi. Tapi sebelum itu, kita akan bincangkan bagaiman mereka akan mendapatkan persetujuan dunia untuk menjayakan projek ini.

Untuk meyakinkan dunia terhadap projek gergasi mereka ini, satu perkara perlu di'set'kan dalam minda manusia. Iaitu dunia ini adalah sesuatu benda yang layak dikejar dan akhirat adalah hanya ilusi dan bayangan semata. Bermakna apa jua cara mereka akan memaksa kamu untuk mempercayai bahawa dunia ini berbaloi untuk kamu kejar.

Maka wujudlah slogan-slogan mereka yang mencuri tumpuan seperti pepatah iklan arak budweiser "Kamu hanya hidup sekali, jadi nikmatilah ia sepenuhnya". Inilah antara contoh slogan mereka untuk menjadikan manusia lupa dan lalai tentang kebenaran serta hidup jauh dari agama mereka.


Jadi apakah projek gergasi yang dimaksudkan sebenarnya? Secara umumnya projek ini ialah menghasilkan pemerintahan dunia baru dengan tujuan membuang kepercayaan agama dari masyarakat dunia. Inilah projek gergasi yang dimaksudkan. Ianya dipanggil NEW WORLD ORDER dan ianya tertulis dibelakang wang kertas 1 dollah US dalam bahasa yahudi(NOVUS ORDO SECLORUM).


Dan jika diperhatikan dibelakang wang kertas ini terdapat sebuah lambang yang dipanggil 'simbol agung Amerika". Ianya ialah sebuah piramid yang separuh siap dan terdapat piramid bermata satu diatasnya. Dan diatasnya tertulis "ANNUIT COEPTIS" yang bermaksud "beliau berpuas hati".

Bagi golongan penyembah syaitan ini, mereka percaya bahawa sehinggalah mereka menyiapkan dengan jayanya projek jahat terakhir mereka yang dipanggil "NOVUS ORDO SECLORUM" ini, barulah "dia" akan berpuas hati dengan projek jahat mereka selama ini, dan akhirnya "dia" akan keluar dari tempat persembunyiannya. Siapakah "dia" yang dimaksudkan? Saya rasa pembaca dapat mengagak siapakah "dia" yang menjadi kegilaan penyembah syaitan ini. "Dia" adalah yang diletakkan diatas simbol piramid mereka. Kerana itulah simbol piramid mereka adalah separuh siap, dan diatasnya di siapkan dengan segitiga mata satu ini. "Dia" inilah yang akan menyudahkan segala-gala usaha mereka selama ini.

NEW WORLD ORDER atau PENTADBIRAN DUNIA BARU telah lama dirancang oleh zionis. Ianya adalah sebuah pemerintahan berasaskan duniawi iaitu ilusi dan kebendaan. Melalui ilusi yang dibawa DAJJAL, mereka akan mengajak kamu menghidupkan dunia ini dengan penuh kegembiraan yang tiada hujungnya, dan akan menjadikan kamu sanggup untuk menggadaikan nyawa kamu untuk mencapainya. Dan untuk mencapainya, kamu perlu menjadi sebahagian dari sistem itu dan kamu perlu patuh padanya. Semuanya adalah berasaskan ilusi dan kebendaan yang akan ditampilkan seindah-indahnya supaya kamu akan merasakan dunia ini berbaloi untuk dikejar sehabisnya.

SELAMAT DATANG KE DUNIA PENTADBIRAN SEKULAR DAJJAL

Thursday, May 20, 2010

PENIPUAN DEMI PENIPUAN


Kepada pembaca yang telah memahami secara MENYELURUH post-post sebelum ini, saya ingin berkongsi sedikit masalah-masalah dalam kehidupan yang sukar saya temui jawapannya sebelum ini. Dan saya yakin, para pembaca juga memiliki persoalan-persoalan yang sama berkenaan masalah kehidupan dizaman ini seperti saya.

Secara umumnya, kita semua memiliki keinginan yang sama dalam kehidupan, iaitu hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni. Pernahkah kita menemui jawapan mengapa perkara ini seolah-olah tidak akan berlaku dalam hakikat kehidupan yang kita lalui hari ini?

Kita dapat merasakan kepincangan sistem kita hari ini dalam seharian hidup kita, namun kita sukar untuk menjelaskannya, kita dapat merasakan ada sesuatu yang tidak betul dengan hidup ini, tapi kita tidak tahu apakah ia, dan ia selalu bermain dalam fikiran kita.

Seolah-olah soalan paling ringkas untuk semua perkara ini ialah, DUNIA KITA SEMAKIN BERTAMADUN, TETAPI MENGAPA SEMAKIN KITA RASAKAN DUNIA INI SEMAKIN PENUH DENGAN MASALAH?


Setakat ini saya rasa para pembaca sudah tahu akan jawapannya, ini adalah kerana DUNIA KITA SEKARANG SEDANG DIPERINTAH OLEH GOLONGAN PENYEMBAH SYAITAN. Dan dari hari ke hari mereka semakin berpengaruh kerana penipuan-penipuan yang disebarkan kepada kita dengan tujuan untuk mengekalkan kuasa pemerintahan mereka dan terus menguasai dunia dengan ideologi-ideologi keji mereka.

Jadi sekarang marilah kita kupas serba sedikit tentang penipuan mereka yang selama ini telah menjadi darah daging dan kebiasaan kita dalam kehidupan.

Pertama sekali pernahkah kita terfikir mengapakah hampir semua negara menuntut kemerdekaan dari penjajah? Padahal dari awal kita tahu mereka adalah PENJAJAH. Ini turut berlaku ditanah air kita pada Februari 1956 dimana Tunku Abdul Rahman(Bapa kemerdekaan kita) pergi ke London untuk menuntut kemerdekaan dari zionis(British merupakan kuasa dunia ketika itu). Dan pada 31 Ogos 1957 tanah melayu diberikan kemerdekaan oleh para penjajah dengan 1001 syarat yang sebenarnya bertujuan mengekalkan ideologi penjajah dalam tanah air kita.



Sebenarnya segalanya telah dirancang agar bermula tarikh kemerdekaan inilah, era penjajahan secara minda bermula di tanah air kita. Sebenarnya pada hakikatnya negara kita telah lama merdeka, sebelum kedatangan penjajah lagi. Kita bebas untuk berbuat apa saja namun akhirnya fikiran kita telah dipesongkan dan ditetapkan bahawa kemerdekaan dan tamadun yang hakiki adalah dengan berkiblatkan barat melalui ideologi penjajah. Contoh yang paling suka untuk saya ambil ialah apabila bidang agama Islam ketika itu diserahkan kepada sultan, namun satu perkara yang kita abaikan ialah setiap sultan yang dilantik akan diberikan penasihat dari golongan penjajah. Saya ingin bertanya adakah masuk akal apabila golongan bukan Islam untuk memberi nasihat berkenaan Islam? Lebih-lebih lagi apabila mereka merupakan penjajah? Adakah tiada agenda tersembunyi dalam hal ini? Kita semua tahu jawapannya sekarang.

Kedua pernahkah kita terfikir mengapakah SEMUA bank didunia lebih-lebih lagi di negara ISLAM kita mengamalkan sistem bunga(interest)? Ataupun saya lebih suka menggunakan istilah riba, padahal kita tahu riba diharamkan dengan keras oleh agama tercinta kita? Kita semua tahu jawapannya sekarang dan kekejian sistem riba akan saya kupas dalam post akan datang.

Ketiga, pernahkah kita terfikir mengapakah apabila negara-negara pengeluar minyak mengorek hasil bumi mereka namun apabila sampai kepada penjualan minyak, pihak zionis pula yang menentukan harga minyak-minyak ini dengan kadar setong pada harga tertentu? Mengapakah mereka yang menentukan harga hasil bumi kita? Kita semua tahu jawapannya sekarang.


Dan mungkin yang terakhir buat masa sekarang, pernahkah kita terfikir apakah yang seharusnya menjadi mata wang sebagai alat paling bernilai yang paling sesuai untuk digunakan sebagai alat jual beli? Semestinya alat tersebut mestilah paling BERNILAI kerana ianya akan digunakan dalam urusan jual beli. Dan lihatlah sekarang apakah alat itu yang telah diperkenalkan oleh zionis sebagai alat yang paling bernilai untuk urusan jual beli ini? Itulah yang kita panggil sebagai wang kertas pada hari ini. Adakah masuk akal apabila sekeping kertas yang dicetak dengan angka-angka tertentu dijadikan mata wang? Lebih-lebih lagi apabila hanya satu pihak yang berhak mengeluarkan dan mencetak wang ini kemudian barulah negara lain dibenarkan mencetak wang mereka dengan kadar tertentu yang dibenarkan oleh pihak pertama tadi dengan sistem yang dipanggil pertukaran wang asing? Fikirkan sejenak adakah pihak pertama tadi akan mengalami kerugian dalam apa jua situasi? Fikirkanlah.

Pandai sungguh pihak zionis menipu kita sejak dahulu dengan istilah yang kita panggil sebagai tamadun. Semuanya berkiblatkan zionis. Tujuan mereka hanyalah satu, supaya mereka akan dapat terus menguasai kita dalam semua perkara. Lebih-lebih lagi apabila harta paling bernilai yang digunapakai hari ini ialah wang kertas yang dimiliki mereka secara total dan kita tahu mereka boleh cetak sebanyak-banyaknya wang kertas ini kerana hakikatnya wang kertas ini sungguh tidak bernilai. Apa yang ada hanyalah angka-angka yang dicetak atas kertas-kertas yang rendah nilainya ini.

Dan banyak lagi perkara akan dikupas dalam post-post akan datang. Semoga Allah akan terus memberikan kita hidayah untuk membezakan kebenaran dan kebatilan.


Daripada Abu Said al-Khudri radhiallahuanhu berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan? Nabi saw menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka?” [HR. Imam Muslim].