Saturday, May 22, 2010

009 NEW WORLD ORDER DAN 2012

Kiamat akan berlaku dan tiada sesiapa yang tahu dengan tepat bila akan tibanya kiamat kecuali Allah s.w.t yang menciptakan langit dan bumi ini. Namun ura-ura kiamat akan berlaku pada 2012? Itu hanyalah propaganda Yahudi dan Nasrani yang mahu menyesatkan umat Islam dengan kiamat akan berlaku pada 2012. Mungkin akan terjadi sesuatu pada 2012, tetapi ia bukan kiamat.

Jika mengikut kitaran matahari(kerana golongan penyembah syaitan turut melakukan ritual secara besar-besaran setiap satu kitaran), yang akan berlaku setiap 11 tahun, kita akan mendapati turutan tahun-tahun yang penting kepada dunia. Pertamanya, pada 9/11/1990 (Sun Cycle). Pada tarikh ini, kita telah menyaksikan Presiden US ketika itu iaitu George H Bush (Atuk George W Bush) telah mengumumkan tentang pelan New World Order (NWO) . Dalam ucapannya, dia telah berkata:

... We stand today at a unique and extraordinary moment. The crisis in the Persian Gulf, as grave as it is, also offers a rare opportunity to move toward an historic period of cooperation. Out of these troubled times, our fifth objective -- a new world order -- can emerge: a new era -- free from the threat of terror, stronger in the pursuit of justice, and more secure in the quest for peace. ...

Dan genap 11 tahun selepas itu, iaitu pada Sun Cycle seterusnya (9/11/2001). 2 kapal terbang telah melanggar World Trade Center (WTC) dan seterusnya telah mengorbankan ribuan nyawa manusia.

1990+11= 2001

2001+11= 2012 ???

Kebetulan atau segalanya sudah dirancang?

Mengikut Leo Zagami(ex 33rd degree scottish rite yang bertaubat dan masuk Islam), pada 2012 Illuminati/Freemason akan melakukan pembunuhan besar-besaran ke atas umat Islam seluruh dunia dan permulaannya pada awal 2010 Dan Obama telah menghantar pasukan tambahan seramai 30, 000 ke Afghanistan baru-baru ini. Apa yang berlaku sebenarnya pada 2012 ini ialah golongan penyembah syaitan ini akan memperkenalkan suatu era pemerintahan dunia secara sekular yang diberi nama "PENTADBIRAN DUNIA BARU" atau lebih dikenali sebagai ‘NEW WORLD ORDER'.

Objektif golongan ini adalah untuk menguasai setiap orang yang berada di atas muka bumi ini secara menyeluruh dan untuk itu, mereka akan mengurangkan populasi pendudukan manusia di bumi supaya setiap pergerakan dan perlakuan seseorang individu itu mudah untuk dikawal.

Maka apa yang jelas mereka akan melakukan pembunuhan beramai-ramai pada 2012(terutama orang islam). Konspirasi untuk mengurangi populasi dunia sehingga dunia ini hanya dihuni oleh 500 juta manusia. Hal ini bererti pengurangan sekitar 93% penduduk dunia. Mereka kemudian akan menutup kejahatan mereka ini dengan penipuan(seperti yang selalu berlaku), namun penipuan kali ini amatlah terancang dan sangatlah berteknologi tinggi kerana usaha untuk mencapai matlamat 2012 ini telah dirangka dengan sangat halus sejak berpuluh tahun lalu.

Mahukah pembaca tahu apakah penipuan yang akan disebarkan untuk membunuh sejumlah besar populasi dunia nanti? Ianya adalah dengan membuat seolah-olah bumi telah diserang mahluk asing. Ya, inilah realitinya dan kerana inilah mereka telah memperkenalkan UFO dan ALIEN kepada kita sejak kecil lagi। Masanya semakin hampir untuk mereka melahirkan apa yang mereka telah perkenalkan ini. Mereka akan membunuh populasi manusia pada jumlah yang sangat tinggi seperti yang berlaku dalam filem-filem HOLLYWOOD apabila bumi diserang mahluk asing.

Maka dengan penipuan inilah mereka kemudiannya akan berlakon untuk menjadi "hero" dan menentang pencerobohan bumi oleh mahluk asing ini dengan tujuan untuk mendapatkan kepercayaan dunia supaya terus menyokong mereka. Disaat-saat genting ketika bumi diserang inilah mereka akan meluaskan cita-cita mereka iaitu PENTADBIRAN SATU DUNIA(NEW WORLD ORDER) yang telah lama digembar-gemburkan oleh mereka. Maka dengan berlakon seperti 'hero' inilah dengan mudahnya mereka akan mendapat persetujuan dunia yang sedang ketakutan kerana diserang angkasa lepas untuk menjayakan NEW WORLD ORDER. Ianya seolah-olah satu pemerintahan yang memberi jaminan kepada keselamatan manusia dari serangan angkasa lepas.

‘NEW WORLD ORDER' adalah satu pemerintahan atau lebih tepat penghambaan satu dunia yang didominasi oleh sebuah ‘kuasa' yang besar dan kuat terdiri daripada golongan elit atau lebih dikenali sebagai ILLUMINATI. Pemerintahan ini melibatkan hubungan pertalian kekeluargaan, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada orang-orang terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin politik, dan tidak terkecuali Black Nobility of Europe. Black Nobility of Europe ini didominasi oleh pemerintahan monarki. ‘NEW WORLD ORDER' ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama dirangka, dan pentadbiran baru ini akan mula ditonjolkan pada 2012.

Melalui pemahaman sihir oleh penyembah syaitan ini, mereka percaya untuk menguasai setiap manusia, mereka perlu untuk menimbulkan perasaan takut ke dalam diri masyarakat, jika mereka mahu dipatuhi. Perasaan takut ini adalah hasil daripada ‘hypnosis'. ‘Hypnosis'adalah satu praktis yang menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan yang mudah untuk di kawal dan akan bertindak mengikut arahan.

Mereka akan melakukan perubahan drastik pada tahun-tahun kedatangan 2012 dimana kondisi perekonomian yang sangat buruk akan berlaku yang akibatnya akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketingkat yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik yang sangat tegang pada tahun 2012.

Pada tahun 1957, satu symposium telah diadakan dalam usaha mereka membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya objektif dan matlamat NEW WORLD ORDER ini dapat membuahkan hasil. Daripada 3 usul yang dibangkitkan, 2 daripadanya telah diterima. Satu lagi usul tidak diterima kerana ianya melibatkan penggunaan senjata nuklear. 2 usul yang diterima untuk mengurangkan populasi manusia adalah melibatkan penyebaran pathogen penyakit-penyakit berbahaya, penggunaan ubat-ubatan dan penggunaan sebuah sistem keji yang dinamakan HAARP dimana sistem ini menggunakan prinsip resonan gelombang untuk menghasilkan getaran pada satu titik yang boleh mengakibatkan gempa bumi. Perkara ini akan dibincangkan dalam topik akan datang.

Berpegangkan kepada matlamat mereka untuk menguasai masyarakat dunia, mereka membina satu rangkaian bandar bawah tanah yang besar. Bandar ini berfungsi sebagai perlindungan kebal kepada golongan elit Illuminati, ahli politik dan tentera yang terpilih. Menurut sumber, sehingga bulan Mei 2001, terdapat 133 buah bandar bawah tanah yang sudah di bina Utara Amerika. Tujuan bandar bawah tanah ialah untuk menjadi benteng kebal untuk menempatkan "keluarga" mereka supaya apabila mereka menyebarkan penyakit-penyakit dan melakukan perang secara global, "keluarga" mereka akan terselamat dari semua malapetaka ini.

Secara kesimpulan yang awal, kita dapat melihat bahawa ‘pemerintahan dunia baru' ini, melibatkan sebuah organisasi elit yang berharta serta terlibat dengan upacara pemujaan selain daripada Tuhan, di samping berkuasa mengawal pentadbiran yang ada sekarang Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa pemerintah yang ada pada kala ini hanya sebagai ‘kerajaan boneka'.

Maka bersiap-sedialah wahai saudara-saudara ku. Dunia timur dan barat akan dikejutkan dengan "kisah dongeng" paling hebat dan kita akan bangun bersama mimpi buruk pada pagi sekitar DESEMBER 2012 dengan pentadbiran dunia sekular versi moden yang baru dan penuh dengan penipuan menuggu kita dikemudian hari.

Selamat menempuh dunia yang dipenuhi penipuan sebelum kedatangan penyelamat mereka, iaitu al-masih dajjal yang akan menyempurnakan segala kesesatan ini.

1 comment:

  1. salam..very nice post. and a very interesting topic to be talk about nowadays.
    sy cadangkan saudara/i turut meletakkan footnotes/sumber rujukan sbg dalil penguat kenyataan dlm blog ini.barulah terbuka minda ;)

    tapi kalau rahsia atau sbb2 tertentu xbole post, it's ok

    ReplyDelete