Friday, May 21, 2010

008 DUNIA ILUSI REKAAN DAJJAL


Sebuah projek gergasi sedang dirancang oleh golongan penyembah syaitan bahkan sejak dahulu lagi mereka telah merangka pelan-pelan untuk menjayakan projek ini. Bertemakan ideologi sekular, mereka menarik persetujuan dunia dunia sedikit demi sedikit untuk merealisasikan projek mereka ini, kerana tanpa sokongan masyarakat dunia, projek gilang-gemilang ini tidak akan berhasil.

Apakah projek ini? Kita akan bincangkannya sebentar lagi. Tapi sebelum itu, kita akan bincangkan bagaiman mereka akan mendapatkan persetujuan dunia untuk menjayakan projek ini.

Untuk meyakinkan dunia terhadap projek gergasi mereka ini, satu perkara perlu di'set'kan dalam minda manusia. Iaitu dunia ini adalah sesuatu benda yang layak dikejar dan akhirat adalah hanya ilusi dan bayangan semata. Bermakna apa jua cara mereka akan memaksa kamu untuk mempercayai bahawa dunia ini berbaloi untuk kamu kejar.

Maka wujudlah slogan-slogan mereka yang mencuri tumpuan seperti pepatah iklan arak budweiser "Kamu hanya hidup sekali, jadi nikmatilah ia sepenuhnya". Inilah antara contoh slogan mereka untuk menjadikan manusia lupa dan lalai tentang kebenaran serta hidup jauh dari agama mereka.


Jadi apakah projek gergasi yang dimaksudkan sebenarnya? Secara umumnya projek ini ialah menghasilkan pemerintahan dunia baru dengan tujuan membuang kepercayaan agama dari masyarakat dunia. Inilah projek gergasi yang dimaksudkan. Ianya dipanggil NEW WORLD ORDER dan ianya tertulis dibelakang wang kertas 1 dollah US dalam bahasa yahudi(NOVUS ORDO SECLORUM).


Dan jika diperhatikan dibelakang wang kertas ini terdapat sebuah lambang yang dipanggil 'simbol agung Amerika". Ianya ialah sebuah piramid yang separuh siap dan terdapat piramid bermata satu diatasnya. Dan diatasnya tertulis "ANNUIT COEPTIS" yang bermaksud "beliau berpuas hati".

Bagi golongan penyembah syaitan ini, mereka percaya bahawa sehinggalah mereka menyiapkan dengan jayanya projek jahat terakhir mereka yang dipanggil "NOVUS ORDO SECLORUM" ini, barulah "dia" akan berpuas hati dengan projek jahat mereka selama ini, dan akhirnya "dia" akan keluar dari tempat persembunyiannya. Siapakah "dia" yang dimaksudkan? Saya rasa pembaca dapat mengagak siapakah "dia" yang menjadi kegilaan penyembah syaitan ini. "Dia" adalah yang diletakkan diatas simbol piramid mereka. Kerana itulah simbol piramid mereka adalah separuh siap, dan diatasnya di siapkan dengan segitiga mata satu ini. "Dia" inilah yang akan menyudahkan segala-gala usaha mereka selama ini.

NEW WORLD ORDER atau PENTADBIRAN DUNIA BARU telah lama dirancang oleh zionis. Ianya adalah sebuah pemerintahan berasaskan duniawi iaitu ilusi dan kebendaan. Melalui ilusi yang dibawa DAJJAL, mereka akan mengajak kamu menghidupkan dunia ini dengan penuh kegembiraan yang tiada hujungnya, dan akan menjadikan kamu sanggup untuk menggadaikan nyawa kamu untuk mencapainya. Dan untuk mencapainya, kamu perlu menjadi sebahagian dari sistem itu dan kamu perlu patuh padanya. Semuanya adalah berasaskan ilusi dan kebendaan yang akan ditampilkan seindah-indahnya supaya kamu akan merasakan dunia ini berbaloi untuk dikejar sehabisnya.

SELAMAT DATANG KE DUNIA PENTADBIRAN SEKULAR DAJJAL

No comments:

Post a Comment