Thursday, May 13, 2010

PENGHAMBAAN MODEN



Untuk memiliki penguasaan secara total kepada seluruh manusia, perkara asas yang perlu dikuasai oleh golongan elit freemason ini ialah "kawalan terhadap minda" setiap manusia itu sendiri.


Untuk mengawal minda manusia yang ramai, mereka harus mengawal maklumat dan ilmu yang dipelajari oleh manusia. Ini adalah kerana tindak tanduk manusia dipengaruhi oleh ilmu dan maklumat yang diperolehi mereka. Maka langkah pertama mereka akan mewujudkan kebergantungan manusia terhadap media sebagai sumber rujukan ilmu dan maklumat. Ini lebih berkesan apabila secara puratanya setiap rumah didunia memiliki satu kotak televisyen yang seakan sudah menjadi kemestian di zaman ini. Dan oleh kerana mereka memiliki SEMUA syarikat media gergasi di dunia, maka mereka sebenarnya sedang mengawal semua maklumat yang disalurkan kepada kamu.

Bahkan dalam kebanyakan perkara yang dipertontonkan di televisyen, mereka akan menerapkan ideologi-ideologi mereka supaya dalam tempoh yang panjang, manusia akan mula mengubah cara fikir mereka dan akan mula hidup dengan kebiasaan yang dipertontonkan kepada mereka. Manusia akan mula makan, minum, pakai, bersukan, bersosial, berpolitik, bekerja, dan melakukan aktiviti seharian dengan berlandaskan kebiasaan yang dipertontonkan kepada mereka hampir setiap hari. Ini adalah proses dipanggil "brainwashing" yang membawa kepada "mind control".

Maka setelah manusia melalui proses "brainwashing" yang berulang-ulang pada tempoh yang panjang, wujudlah kehidupan berkiblatkan barat secara membuta tuli sepertimana yang dilalui kita hari ini dengan kebergantungan sepenuhnya kepada media terhadap isu-isu semasa dan mempercayai maklumat yang disalurkan melalui media tanpa perlu lagi meneliti sumber-sumber maklumat yang disalurkan kepada mereka.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh nabi dalam kutbah terkhir baginda:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil."

Maka wujudlah cara hidup kita sekarang, yang kelihatan senang, bagus, berkualiti dan bertamadun. Namun hakikatnya kita sedang ditipu secara berterusan. Sejarah penghambaan berulang dengan sendirinya kerana manusia MALAS untuk berfikir. Nilai moral dan agama semakin deketepikan. Senyuman bukanlah lagi sedekah, bahkan dianggap bodoh dan jelek oleh etika profesionalisme yang mahu pekerjanya sentiasa serius dan bersungguh-sungguh. Inilah yang berlaku apabila minda telah dikawal.

Kemudian langkah seterusnya mereka mewujudkan "lakonan politik" didalam media. Inilah antara yang paling sukar dikesan kerana manusia yang ramai(rakyat) dari awal sudah diterapkan dengan anggapan bahawa ahli politik akan berusaha terus-menerus untuk menjaga kebajikan mereka. Kemudian rakyat dengan sendirinya akan memilih calon/parti yang dirasakan kena dengan jiwanya. Namun jika dilihat di media, ahli politik inilah yang sering memeningkan lagi keadaan semasa. Di parlimen pula penuh dengan caci maki dan penghinaan sesama sendiri. Apa sebenarnya yang berlaku?

Inilah hakikatnya yang sedang berlaku. Kita sama-sama sebenarnya telah diterapkan dengan budaya pecah dan perintah sejak awal lagi. Dalam banyak perkara seharian, kita sebenarnya diajarkan untuk berpecah-belah dan bersifat perkauman dan bukan bersatu padu.

Sehinggakan kita tidak lagi memiliki keupayaan untuk melahirkan seorang ketua/khalifah yang benar-benar disepakati majoriti kerana kita terus menerus ditabur dengan isu-isu remeh yang sengaja diwujudkan dan kemudian diapi-apikan oleh pihak yang berlainan pendapat lantas diperbesar dan kadang-kadang dibawa ke dewan parlimen. Isu-isu inilah sebenarnya yang membawa kita kearah berpuak-puak diatas banyak perkara. Dan setelah keadaan menjadi parah, mereka mengeluarkan motto/slogan yang membawa maksud kita manusia sama sahaja, tiada bezanya. Padahal tujuan asalnya ialah supaya kita lupa akan asal-usul pertelingkahan kita tadi.

Persoalannya kenapakah begitu sukar untuk kita bersatu dalam apa jua hal? Kerana inilah tujuan asalnya. Mereka mahu manusia berpecah-belah. Mereka mahukan manusia ramai yang goyah. Dan seperti biasa kemudiannya mereka akan membawa lagi pelbagai jenis solusi yang akan terus dijulang tinggi oleh manusia yang ramai tanpa usul periksa, hanya kerana solusi ini dibawa oleh ahli politik mereka. Tujuan asalnya ialah untuk mengekalkan tampuk kuasa pemerintahan dan kerusi emas mereka dengan taktik yang sangat kotor.

Bagi kelas-kelas ekonomi dan sosial di negara-negara yang dibawah jajahan mereka, kelas atasan menyimpan semua duit dan tidak perlu membayar apa-apa cukai. Manakala golongan pertengahan membayar semua cukai dan membuat semua pekerjaan. Bagi golongan miskin pula, mereka akan simpan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan golongan pertengahan agar tidak jadi miskin seperti mereka. Inilah realiti kehidupan yang diwujudkan oleh mereka.Tidak hairanlah mengapa dalam sistem ekonomi kapitalis yang digunapakai, membasmi kemiskinan secara total tidak akan dilaksanakan sampai bila-bila. Bukannya kita tidak memiliki wang, tetapi kita berkiblatkan barat untuk mengagih-agihkan kekayaan ekonomi kita.

Dan begitulah cara ia berfungsi walau dimana jua negara kamu berada. Kerana semuanya berkiblatkan penyembah syaitan ini. Minda manusia seluruh dunia telah dikawal hampir secara total. Mereka mengekalkan golongan bawahan dan pertengahan untuk bergaduh sesama sendiri, supaya kita semakin leka dengan tujuan asal mereka.

Perkara yang sama berlaku dalam seluruh bentuk kehidupan harian kita. Pelbagai perkara yang bertujuan membeza-bezakan akan ditemui dalam sistem kita tidak kira dalam bidang pekerjaan, gaji, pendidikan, status sosial, jantina, agama, bangsa, dan hampir dalam semua perkara. Tujuan asalnya tetap sama, memastikan kehidupan ciptaan mereka penuh dengan perbezaan status supaya jurang antara manusia menjadi semakin ketara dan manusia akan mula membandingkan sesama sendiri dan akhirnya mewujudkan suasana tegang. MEREKA TIDAK MAHU MELIHAT MANUSIA BERSATU. Mereka hanya mahu memanipulasi kita demi kepentingan mereka.

Perhatikan dunia politik. Ahli politik sengaja diletakkan ditempat mereka supaya kononnya kamu diberi kebebasan untuk memilih. Sebenarnya kamu tiada pilihan. Yang ada hanyalah pemilik syarikat-syarikat besar, pemilik tanah-tanah yang penting. Mereka menggunakan nama ahli politik agar tidak terikat dengan bayaran cukai. Mereka berkuasa membuat keputusan, bukan kamu. Mereka memiliki semua syarikat media supaya mereka dapat mengawal semua maklumat yang disalurkan kepada kamu. Mereka akan menghabiskan banyak wang untuk merealisasikan impian mereka dan akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sebenarnya penguasaan minda tidak akan berlaku jika manusia bertindak bijak dan mengamalkan aktiviti yang dipanggil "berfikir". Inilah kesannya apabila kebergantungan manusia berjaya ditawan dan minda manusia berjaya dikawal serta dimanipulasi dengan perancangan yang sangat rapi. Mereka tidak mahu rakyat yang mempunyai keupayaan berfikir dan dididik dengan elok kerana ini tidak akan membantu mereka mengekalkan kuasa dan harta mereka. Ini adalah sangat bertentangan dengan kehendak mereka. Apa yang mereka mahu hanyalah pekerja-pekerja yang setia. Atau lebih tepat mereka mahukan hanyalah HAMBA.
Bentuk penguasaan minda paling besar ialah apabila kamu rasa sudahpun bebas, padahal sebenarnya kamu sedang dimanipulasi. Inilah sebenarnya hakikat dunia yang sedang kita harungi hari ini. Apa yang kita alami sebenarnya adalah satu proses pemukauan(sihir). Kita semua bahkan satu dunia sedang dipukau oleh sistem yang diwujudkan penyembah syaitan yang gila ini. Jurang perbezaan diantara apa yang diberitahu, dan apa yang sebenarnya berlaku adalah teramat besar. Dan suka untuk saya ulangi disini alat pemukau paling hebat dizaman ini ialah peti telivisyen yang berada dimana-mana dalam kehidupan kita. Ia sebenarnya sedang memberitahu kita apa yang sepatutnya dipercayai adalah benar!

Sejarahnya, penguasaan politikal dan media merupakan senjata utama freemason untuk menguasai sesebuah negara. Apabila mereka menguasai pemerintah, struktur politik, dan undang-undang sebuah negara, ia akan diubah sepertimana yang mereka mahukan untuk merealisasikan wawasan mereka untuk mewujudkan pemerintahan dunia baru(NWO) dan sekaligus menghapuskan ancaman terhadap mereka mengikut kehendak mereka, dan apa yang paling dikhuatiri mereka ialah ancaman minda-minda yang berfikir secara rasional dan normal.

Maka untuk menghapuskan ancaman ini, mereka telah mengukir pelan yang hebat, iaitu penguasaan sepenuhnya terhadap setiap aspek kehidupan manusia. Dan senjata yang mereka gunakan telahpun berada dalam setiap rumah kita, menghibur dan secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan kita, seorang-demi seorang. Segala puji hanya bagi Allah dan semoga kita dilindungi dari penipuan-penipuan agen-agen iblis ini. Amin.


No comments:

Post a Comment