Friday, May 14, 2010

AJAKAN DUNIA SEKULAR


Dalam kehidupan kini, manusia menghabiskan lebih banyak masa dengan saluran media(televisyen, wayang, komputer, internet, dll). Hiburan melalui media menjadi satu aspek penting dalam kehidupan manusia. Semua ini menyalurkan maklumat yang banyak ke dalam minda tanpa kita sedari. Media memainkan peranan yang penting dalam menyediakan asas yang kukuh untuk menentukan pandangan seorang individu terhadap dunia. Oleh itu, mana-mana pihak yang dapat menguasai media massa akan dapat mengawal dan mempengaruhi setiap populasi di bumi ini dengan cara pemikiran mereka.

Maka inilah yang sedang dilakukan oleh yahudi penyembah syaitan tanpa kita sedari. Mereka menguasai industri muzik, wayang, hiburan, dan bahan lucah untuk tujuan yang sama iaitu penguasaan minda manusia. Selain daripada membiasakan manusia dengan ideologi mereka, satu pelan jahat telah dirangka, khas untuk mewujudkan sebuah komuniti masyarakat sekular yang korup di seluruh dunia, dengan tujuan apabila manusia mula lemah pegangannya, maka manusia ini akan mudah untuk jatuh kepada apa-apa sahaja bentuk kejahatan yang diajarkan kepada mereka.

Golongan ini juga sedaya upaya menghidangkan masyarakat dengan hiburan-hiburan yang melalaikan, supaya hasilnya nanti ialah manusia yang terumbang-ambing tanpa arah tujuan hidup yang sebenar. Mereka berusaha untuk mengusir pemikiran yang berlandaskan agama dan mempercayai Tuhan daripada pemikiran manusia. Apabila komuniti sebegini berjaya dibentuk, maka perjalanan kerja mereka akan menjadi semakin licin. Hal ini adalah kerana, individu yang tidak berpegang kepada apa-apa dalam kehidupan, adalah individu yang mudah untuk dijatuhkan dan akhirnya dikuasai. Mereka akan menguasai pemikiran dan juga perbuatan individu tersebut.


Adakah kamu faham akan masyarakat yang sedang dibina oleh mereka ini? Yang dimaksudkan ialah masyarakat yang sekular(hilang kebergantungan kepada agama), lemah jati diri sehingga mereka tidak dapat membezakan benar dan palsu, masyarakat yang buta akan kebenaran dan bergantung dan terus berharap kepada solusi sepenuhnya kepada mereka(zionis) dalam semua perkara. DAN INILAH MASYARAKAT YANG SEDANG DIBINA OLEH FREEMASON UNTUK MENYAMBUT KETIBAAN DAJJAL.

Nabi junjungan SAW telah meriwayatkan perkara ini:
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Oleh kerana itulah saya suka untuk memperingati semua pembaca agar tidak tertipu dengan media dan suara orang ramai. 2 perkara ini kerap kali menjadi senjata freemason untuk menyebarkan penipuan-penipuan terancang mereka. Allah mengingatkan kita akan perkara ini didalam AlQuran:


"Dan jika kamu menuruti kebanyakan(majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)". (QS. Al-An'am, 6:116)


Lihatlah sekeliling kita. Inilah zamannya yang dimaksudkan dengan tahun-tahun yang penuh tipu daya. Inilah tahun-tahunnya orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Lihatlah bagaiman dunia menjulang tinggi kuasa-kuasa penyembah syaitan ini. Hampir semua negara didunia tunduk kepada mereka. Undang-undang bukan lagi menghukum, tetapi menyumbang kepada usaha mereka kearah usaha terakhir mereka iaitu pentadbiran satu dunia atau lebih dikenali sebagai "NEW WORLD ORDER".

Pentadbiran ini telah dirancang beratus tahun lamanya oleh freemason dan mengikut pendapat ramai, tahun 2012 inilah akan bermulanya pentadbiran satu dunia ini. New world order bukanlah satu penyelarasan pentadbiran, tapi sebenarnya adalah titik mula kepada penguasaan zionis ke seluruh dunia, dan sudah tentu ideologi sekular akan menjadi tunjang utama pentadbiran ini.

Penghambaan yang berlaku dizaman lampau akan berulang semula. Cuma cara dan modus operandinya adalah sesuai dengan kemajuan teknologi zaman sekarang. Manusia akan diperbodohkan semahunya dan kemudian disesatkan agamanya. Bahkan sekarang kita sudah mula merasakan tempias ideologi sekularism ini. NWO akan dibincangkan dalam topik yang akan datang.


Maka setelah tibanya zaman dimana manusia semakin kosong jiwanya, hilang identiti agamanya, keliru mindanya untuk menentukan kebenaran dan hanya bergantung kepada media ataupun suara orang ramai, inilah saatnya dajjal laknatullah akan keluar, dan mengaku sebagai penyelamat yang akan memperbetulkan keadaan yang kacau ini. Padahal kehadirannya tidak lain hanyalah menyelesaikan misi menyesatkan manusia seluruh alam ini. Inilah yang dimaksudkan dalam hadis nabi SAW:

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.





No comments:

Post a Comment