Monday, May 17, 2010

TENAGA NEGATIF

Untuk mengawal manusia, para penyembah syaitan dan konco-konconya haruslah mengawal perkara asas dalam diri seorang manusia iaitu minda, jasad, dan jiwa mereka, dan kemudian barulah proses mengawal manusia ini menjadi mudah untuk disusun dan diselarikan.

Sistem kawalan ini haruslah difahami dengan teliti oleh setiap orang agar dapat mengelakkan diri dari menjadi "agen secara tidak sengaja" oleh freemason ini. Jadi inilah konsep yang kamu perlu untuk fahami:

Apabila semua benda didunia dipecahkan kepada jisim yang paling kecil, apakah yang akan dijumpai? Ianya adalah atom, elektron dan proton. Apakah maksudnya ini?

Ini bermaksud pada bentuk paling asas, semua jasad adalah terdiri daripada tenaga. Begitulah yang berlaku pada semua kejadian alam semesta ini. Bentuk paling asas adalah terdiri daripada tenaga.

Dalam fizik, hukum tenaga adalah tidak boleh dimusnahkan, tetapi hanya boleh dipindahkan. Maka ini bermaksud alam semesta ini adalah dipenuhi dengan tenaga. Ini bermakna tuhan telah menciptakan kita sebagai penyalur tenaga dimana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga disekeliling kita. Dan fokus disini ialah dimana kita boleh mempengaruhi tenaga disekeliling kita.

Kita boleh mengeluarkan tenaga positif dan juga tenaga negatif. Dan kita juga boleh dipengaruhi oleh tenaga positif dan negatif yang berada disekeliling kita ini.

Bagaimanakah semua ini berlaku?

Sekiranya jasad kita mengeluarkan tenaga positif, tenaga ini akan bercantum dengan tenaga luaran yang sama jenis, POSITIF. Maka ini akan mengekalkan kita dalam lingkungan tenaga positif ini. Dan perkara yang sama berlaku jika kita mengeluarkan tenaga negatif dan akhirnya mengekalkan kita dalam lingkungan tenaga negatif.

Jadi sebenarnya kita amatlah dipengaruhi oleh pengeluaran tenaga dari diri kita sendiri dan pengaruh tenaga dari persekitaran. Sebab itulah kita akan berasa aman apabila berada dalam lingkungan tenaga postitif, iaitu tenaga semulajadi alam. Inilah yang berlaku apabila kita berada di kawasan seperti air terjun, hutan, sungai, pantai, bahkan kawasan-kawasan suci seperti masjid khususnya. Dan daripada ibadat di kawasan yang yang bertenaga tinggi ini, kita sebenarnya sedang mengeluarkan tenaga positif dan ini mengekalkan kita dalam lingkungan tenaga positif yang memberikan kita rasa nyaman.

Oleh kerana itulah hampir semua persekitaran masjid didunia memiliki rekabentuk yang serupa iaitu tiang oktagon(biasanya menara dan sangat tinggi) dan sebuah kubah besar/piramid. Tujuannya adalah untuk menyalurkan tenaga positif ini. Perhatikanlah mana-mana senibina masjid didunia ini. Geometri bangunan berbentuk oktagon, kubah, dan piramid adalah bentuk yang paling mudah dan kuat untuk menyalurkan tenaga.

Persoalannya apakah tenaga positif atau negatif yang dilahirkan dan dikeluarkan? Jawapannya ialah jenis perbuatan manusia yang diamalkan dalam kawasan2 yang mempunyai tenaga ini.

Berbalik kepada topik, inilah perkara asas yang amat difahami dan dikuasai oleh golongan penyembah syaitan ini. Hampir kesemua bangunan yang dimiliki mereka adalah terdiri daripada struktur geometri yang kuat menjana tenaga(kubah, piramid dan oktagon serta menara yang tinggi). Inilah sebenarnya yang berlaku dengan geometri binaan pada zaman pemerintahan firaun suatu masa dahulu dan ilmu geometri ini diwarisi dari amalan sihir mereka dan dijaga rapi oleh keturunan mereka

Apabila kita memahami hubungan antara tenaga, binaan arkitek dan diri kita sendiri, kita akan memahami mengapa sesetengah binaan direka khas sedemikian. Dan untuk lebih mendalam kita akan membincangkan tentang "STARGATE".

STARGATE adalah lokasi tertentu didunia yang dipanggil "titik pertemuan". Di atas bumi kita terdapat garisan-garisan 'ley' iaitu titik-titik tenaga strategik di dunia. Apabila bentuk-bentuk geometri binaan ini di bina di atas garisan ley dan digabungkn,ia akan membuka satu pintu laluan iaitu 'stargate'. Pintu yg menyambungkn 2 dimensi. Lokasi-lokasi stargate ini menghasilkan tenaga strategik yang lebih banyak berbanding kawasan-kawasan lain di atas muka bumi. Maka apa yang terjadi, golongan freemason ini telah membina banyak bangunan-bangunan mereka pada titik-titik pertemuan ini. Binaan-binaan mereka biasanya mempunyai struktur geometri yang memiliki keupayaan untuk menyalurkan tenaga dengan baik dan mempunyai ketinggian yang sangat dahsyat.

Dan memandangkan freemason adalah golongan keji yang mengamalkan sihir dan menyembah syaitan, kita semua dapat meneka dan memahami tenaga apakah yang sedang mereka salurkan sebenarnya. Dan juga apakah amalan-amalan yang dilakukan didalam bangunan-bangunan mereka ini.

Untuk membina bangunan-bangunan "penyerap tenaga" mereka di serata dunia, kita tahu freemason perlu mendapatkan kebenaran dari banyak negara. Maka cara yang paling mudah ialah mereka mengupah ahli-ahli politik seluruh dunia untuk memperkenalkan ideologi freemason. Keahlian freemason akan dibuka kepada pegawai-pegawai tinggi sesebuah negara dan kesemuanya akan dipengaruhi dengan cara pemikiran golongan freemason ini dan hingga ke hari ini titik-titik ley diseluruh dunia ini telahpun dipenuhi dengan bangunan-bangunan mereka.


Ini jelas menunjukkan bahawa SELURUH DUNIA telah diterapkan dengan ideologi mereka tanpa kita sedari. Dan kebanyakan pemimpin dunia sebenarnya hanyalah boneka negara sahaja dan hanya mengikut telunjuk dan arahan penyembah syaitan ini. Tanpa kita disedari dunia telah diperalatkan oleh mereka sejak dahulu lagi. Maka semakin banyak tenaga negatif yang dihasilkan oleh mereka melalui bangunan-bangunan mereka di seluruh dunia bersama ritual sihir didalamnya, maka dunia ini akan terus dipenuhi tenaga jahat dan ini mengekalkan dunia didalam tenaga negatif ini. Dan sememangnya inilah tujuan mereka.

Maka tidak lama lagi akan bermulalah penguasaan secara total mereka terhadap penduduk bumi. Pentadbiran keji ini telah lama dirancang dengan teliti oleh golongan freemason dan ianya diberikan nama "NEW WORLD ORDER". Maka berhati-hatilah saudara-saudaraku dengan apa jua "slogan-slogan" yang memberi maksud kepada pentadbiran satu dunia yang sedang hangat diuar-uarkan di media sekarang. Slogan-slogan ini sengaja diwujudkan dan merupakan salah satu dari perancangan mereka secara halus untuk menutup mata kita daripada tujuan asal mereka, dan akhirnya dengan rela dunia akan bersetuju dengan pentadbiran dunia mereka.

Wallahua'lam. Semoga Allah melindungi kita dari fitnah dajjal. Amin.


1 comment:

  1. Konsep 1 Malaysia boelh digunakan cuma bezanya kita membawa konsep Islam sebagai penggabung cara hidup manusia di dunia ini. Membawa manusia kepada keamanan dan hapuskan penindasan.

    ReplyDelete